Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tarikh Hari Raya telah diistiharkan jatuh pada hari Rabu 1 hb Oktober 2008 , bersamaan 1 Syawal 1429 Hijrah.

Dengan ini saya ingin memohon keampunan diatas segala kesilapan samada sengaja atau tidak. Semoga kita beroleh kejayaan dan diterima Allah segala ibadat dan puasa di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Lagi ucapan dari my web raya yang didesign khas untuk kawan2 semua...

http://www.wix.com/mancyber/maintenance





.

Tuesday, September 23, 2008

Anak Bulan Syawal


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan permulaan Hari Raya Puasa tahun ini akan diadakan pada petang Isnin, 29 September bersamaan 29 Ramadhan 1429 Hijrah di 29 tempat yang ditetapkan diseluruh negara. Bagi Negeri Pahang lokasi melihat anak bulan adalah di Bukit Pelindung Kuantan dan Tanjung Batu, Nenasi Pekan.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengistiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.


Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Raya Gift for FPG staff

Ready for collection

Mr AA bring back hari raya gift with his new Gilera. -Berat tu beb 3 x 5litre.


FPG will be distributing Dynamo Citrus Plus to all employees. The reason for the distribution is that wanted to get our valuable feedback on this new variant named “Citrus Blast” for further improvement.

Thursday, September 18, 2008

Durian runtuh


Penggemar 'raja buah ' kini boleh mendapatkan durian murah di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah yang dijual antara RM3 dan RM4 sekilo sahaja yang dilakukan setiap tahun.


Orang ramai boleh membeli durian terbaik di negeri ini dengan harga yang jauh lebih murah disini, setiap hari dari jam 9 pagi hingga 12 tghari.


Sebanyak 1200 batang pokok durian disana dapat membekalkan sebanyak 3000 durian setiap hari untuk dijual dihadapan pintu masuk taman. Penjualan dilakukan bermula awal September lalu dan dijangka berakhir menjelang Aidilfitri ini dengan jualan mencecah kira2 50,000 biji. Pihak Taman Pertanian memberi peluang kepada orang ramai merasai rasa durian terpilih dengan harga murah. Antara jenis durian ialah D145, IOI, D2, D45 dan sebagainya.


.

Wednesday, September 17, 2008

ERC - Majlis Berbuka Puasa







17 Ramadhan 1429 - Majlis Berbuka Puasa bersama ahli ERC diadakan di Anjung Delight Seafood Restoran di Jalan Gambut untuk tahun ini. Selain berbuka puasa , ahli2 dapat mengeratkan lagi silaturahim.




Sunday, September 14, 2008

Gangguan Bekalan Air di Bandar Kuantan


Jabatan Bekalan Air (JBA)Pahang memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air berlaku di bandar Kuantan dan sekitarnya sejak kebelakangan ini.


Ini disebabkan loji air Bukit Ubi yg membekalkan air ke bandar tidak beroperasi sejak sebulan lalu akibat tanah runtuh yg menyebabkan paip air mentah terputus. Utk mengatasi masalah ini, bekalan air diambil dari loji air Semambu yg juga membekalkan air disekitar bandar Kuantan.


Pada 11 September lalu, satu kebocoran besar dikesan pada laluan paip air mentah ke loji air Semambu yg menyebabkan keupayaannya membekalkan air terjejas akibat tekanan rendah. Kebocoran ini tidak dpt dibaiki serta-merta kerana melibatkan kelengkapan yg perlu ditempah dan dijangkakan kerja membaiki kerosakan ini dpt disiapkan sebelum 23 September ini.


JBA akan menghantar bekalan air melalui lori tangki ke kawasan yg terjejas teruk dan mengharapkan pengguna dapat menggunakan air secara cermat dan berhemah.





..sumber JBA Pahang

Kadar bayaran zakat mengikut negeri 2008

Kadar zakat fitrah tahun ini di seluruh negara meningkat di antara 50 sen dan RM2.80, Kelantan mencatatkan kadar tertinggi iaitu RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.Kenaikan kadar itu dipercayai ada kaitan dengan peningkatan kos sara hidup berikutan kenaikan harga minyak serta kenaikan harga beras baru-baru ini.

*INFO: Kadar bayaran zakat mengikut negeri*

- JOHOR - 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
- KEDAH � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
- KELANTAN � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.60.
- MELAKA � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM 6.30.
- NEGERI SEMBILAN � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
- PULAU PINANGRM5.00 untuk 2007 dan 2008.
- PAHANG � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.30.
- PERAK � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
- PERLIS � 2007 antara RM5.00 hingga RM6.00 manakala 2008 antara RM6.00 hingga RM7.00.
- SABAH � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.20.
- SARAWAK � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.50.
- SELANGORRM5.20 untuk 2007 dan 2008.
- TERENGGANU � 2007 antara RM4.80 hingga RM5.50 manakala 2008 antara RM6.00 hingga RM8.00.
- WILAYAH PERSEKUTUAN � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM5.20.

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan Al Mubarak