Wednesday, April 7, 2010

Phuketbikeweek 2010

Esok saya berlima dari ERC Xtreme akan mula menjelajah ke Phuket, Thailand. Perjalanan akan bermula pada jam 6.30am dari Restoran Zaman, Jalan Gambang, Kuantan.

Kami akan terus ride sehingga sempadan melalui Bukit Kayu Hitam dan akan terus ke Hatyai, Thailand. Disana kami akan bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Patong Beach, Phuket. Kami akan berada disana untuk 2 hari. Menyertai Phuket Bike Week adalah satu acara antarabangsa dimana pelbagai jenis motorsikal dan penyertaan bikers dari seluruh pelusuk dunia.

Setelah 2 hari kami akan bergerak semula ke Hatyai & esoknya ke Malaysia semula.

Harapan kali ini semoga semuanya selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti.

Thursday, April 1, 2010

Din Beramboi meninggal dunia

foto aku bersama Abg Din Beramboi & Nabil

Pagi Jumaat ni semasa menghantar anak ke sekolah , tiba-tiba dapat berita dari siaran radio pelawak terkenal Din Beramboi telah meninggal dunia setelah kritikal beberapa hari di ICU Hospital Selayang akibat daripada Demam Denggi Berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

Mari kita bersedekah Al – Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa semoga roh Allayarham ditempatkan disisi orang – orang yang beriman.

Phuket Bike Week 2010


Salam sejahtera semua sahabat dan juga rakan blog, sekali lagi pada thun ini, saya bersama rakan ERC X-treme akan ride ke Phuket, Patong Beach untuk kembara ke Phuketbike week event yang diadakan pada 9hb - 11hb April 2010.

Apa yang pasti pada tahun ini akan lebih mencabar sebab saya akan mengetuai kembara selama 6 hari di Thailand ini. Dengan berbekalkan Garmin 205W yang telah dimodifikasi supaya dapat dipasang di hadapan motor. Hujung minggu , penambahan pendawaian khas bagi memasang power inverter supaya senang bagi proses pengecas sebarang alat kelengkapan terutama GPS, kamera & handphone.

Saya akan bertolak pada 8hb April 2010 Khamis pagi jam 6.30 pagi di Kuantan dan terus ke pekan Danok, Thailand. Jumaat akan terus ride ke Phuket. Menyertai PhuketBike Week adalah satu kebanggaan, sebab event ni adalah event antarabangsa dari serata dunia akan berhimpun di sana.

Berikut adalah link ke Phuketbike Week 2010.
http://www.phuketbikeweek.com/home/

Kalender MotoGP 2010




Salah satu perkara dalam hidup saya adalah mengikuti perlumbaan motoGP nie..dah saban tahun tengok live kat Litar Sepang..itupun sejak penglibatan dalam alam permotoran ni. Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada rakan2 kelab Eleganriderclub, Kuantan dan juga pihak Modenas yg senantiasa menaja tiket dan program terutama semasa motoGP diadakan.

InsyaAllah Oktober 2010 ini. jika umur masih panjang, dapatlah lagi ke Litar Sepang sekali lagi....
Bukan teruja menonton perlumbaan sahaja tapi seronok dapat menyaksikan gelagat bikers dari seluruh Malaysia dan juga negara2 sekitar pada masa perlumbaan diadakan.

Berbekalkan Canon 500D seperti tahun lepas, aku nak snap foto2 menarik terutama tak ketinggalan aksi Rossi dan Lorenzo dan juga awek litar ahaks..ahaks..


So berikut adalah senarai perlumbaan bagi tahun ini 2010.

11 April - Litar Losail, Qatar
25 April - Litar Motegi, Jepun
2 Mei - Litar Jerez, Sepanyol
23 Mei - Le Mans, Perancis
6 Jun - Mugello, Itali
20 Jun - Siverstone, Britain
26 Jun - Assen, Belanda
4 Julai - Catalunya
18 Julai - Sachsenring, Jerman
25 Julai - Laguna Seca, Amerka Syarikat
15 Ogos - Brno, Republik Czech
29 Ogos - Indianapolis, USA
5 September - Misano, San Marino
19 September - Balatonring , Hungary
10 Oktober - Sepang, Malaysia
17 Oktober - Philip Islan, Australia
31 Oktober - Estoril, Portugal
7 November - Valencia