The acrobatic show was in Megamall Main Concourse.
Sunday, November 30, 2008
Karnival Haiwan Peringkat Negeri Pahang
Kuantan - Karnival Haiwan peringkat Negeri Pahang telah dilangsungkan di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Indera Mahkota pada 28-30 Nov 2008.
Pahang adalah pengeluar terbesar ternakan lembu daging apabila mencatatkan bilangan 150,000 ekor setakat ini dan kebanyakkannya diternak secara integrasi di ladang kelapa sawit selain diternak secara kecilan.
Pahang adalah pengeluar terbesar ternakan lembu daging apabila mencatatkan bilangan 150,000 ekor setakat ini dan kebanyakkannya diternak secara integrasi di ladang kelapa sawit selain diternak secara kecilan.
Labels:
Karnival
Monday, November 24, 2008
JMM jangka tiada banjir besar 2008
Kuantan - Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Pahang menjangkakan tiada banjir besar atau luarbiasa berlaku di negeri ini berdasarkan kepada jangkaan jumlah taburan hujan yang diterima.
Ketika ini ia masih di peringkat awal Monsun Timur Laut dan Pahang diramalkan mula menerima episod hujan lebat paling awal penghujung minggu pertama Disember 2008 depan dan dijangka berlarutan antara tiga dan lima hari, Keadaan hujan itu dilihat masih normal dan tidak membawa kepada keadaan banjir yang luar biasa seperti tahun lalu.
Sekiranya hujan lebat mula berlaku, JMM akan mengeluarkan amaran seterusnya JPS membuat pemantauan aras sungai sebelum membuat hebahan kepada media.
link http://www.kjc.gov.my/
Labels:
Info
Pasar Nelayan Kampung Balok
Antara Pasar Ikan Segar yang terkenal di Kuantan ialah di Beserah dan juga Jeti Tanjung Api, Kuantan. Kini kemudahan Pasar Ikan 'FRESH' juga telah dibuka di Kampung Balok Pantai dikenali sebagai Pasar Nelayan Kg Balok. Ianya dirasmikan oleh Tuan Haji Zali bin Ibrahim, Pengarah LKIM negeri Pahang pada 22 Oktober 2008 yang lalu.
Apa yang menarik jetinya betul2 terletak di muara sungai Balok. Ikan Fresh betul beb!
Labels:
Khidmat awam
Perkhidmatan bas awam semakin KRITIKAL
Kuantan- Masalah ketiadaan bas yang tidak berkesudahan di daerah ini menyebabkan ramai pengguna kenderaan itu menyebabkan orang ramai 'meluat' dengan sistem pengangkutan awam. Mereka bukan sahaja bekerja sendiri malah kakitangan kerajaan dan pelajar juga terpaksa bertahan dengan karenah itu. Proses menangani masalah itu terlalu lama sehingga keadaan semakin kritikal.
MPK masih menangguhkan peruntukan sebanyak RM71 juta untuk meningkatkan kemudahan awam berkenaan sedangkan ramai pengguna memerlukan perkhidmatan itu. Antara kawasan yang dikenalpasti semakin terseksa dengan masalah ini ialah Cenderawasih, Bukit Sekilau, Kampung Bahagia, Tanjung Lumpur dan beberapa tempat lain membabitkan kawasan bandar.
Persoalannya kini, siapa yang perlu dipersalahkan dan harus bertanggungjawap bagi memastikan rakyat tidak terseksa dengan permainan ini.
Labels:
Khidmat awam
Tuesday, November 18, 2008
Friday, November 14, 2008
man gelora ?
Kepada orang Kuantan tentu tahu dimana letak tempat nie.....tapi bagi yang belum pernah sampai boleh katakan Jiwa man Gelora..
Labels:
Unique
Thursday, November 13, 2008
Pahang Advance Motorshow 2008 1
Kuantan - Pahang Motorshow 2008 buat julung kalinya diadakan di negeri ini dilihat sebagai satu uaha meningkatkan kesedaran kepada golongan muda untuk menghindari dari melibatkan diri dari masalah sosial.
Kehadiran lebih 3,000 pengunjung di tapak pekarangan tapak letak kereta Stadium Darul Makmur meriah dengan perhimpunan peminat kereta dan motorsikal untuk memberi peluang orang ramai menatap jentera kesayangan mereka.
Labels:
Motorshow
Tuesday, November 11, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)