Sunday, August 23, 2009

Ramadan Al Mubarak


Kini Ramadhan datang berkunjung lagi dengan beribu2 rahmat dan berkat didalamnya. Tingkatkan amalan kerana dijanjikan pahala berganda-ganda. Alhamdulillah kita masih dapat berada di dalam bulan yang sungguh dicintai oleh para nabi dan para sahabat serta seluruh umat Islam di dunia.

Bulan ni semua amalan baik akan dilipatkaligandakan, so jangan la kita melepaskan peluang yang ada ni. Semua dosa-dosa yang dah kita lakukan tak kira yang besar atau kecik mintak diampunkan olehNya. Amin...


Di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah membaca artikel yang aku post kat dalam blog ni, yang pernah berkecik hati dengan post aku, kawan-kawan, member-member dan semua umat Islam di seluruh dunia yang boleh membaca posting aku dalam blog ni. Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Saya juga inigin memohon keampunan dari semua yang mengenali diri ini.

No comments: