Wednesday, January 20, 2010

Berhenti Guna Tisu Tandas di Premis Makanan


Kuantan- Persatuan Pelindungan Pengguna Malaysia meminta pengusaha makanan di negeri ini supaya berhenti menyediakan tisu tandas sebagai pengelap tangan dan mulut kepada pelanggan di premis mereka.


Presidennya, Dato Mohamad Firdaus Abdullah berkata, segelintir pengusaha makanan dikesan masih menyediakan tisu jenis itu walaupuntidak dibenarkan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.


Menurutnya, penyediaan tisu jenis itu untuk digunakan sebagai pengelap tangan dan mulut adalah tidak sesuai malah boleh dianggap sebagai tidak menghormati pelanggan.

Beliau pernah beberapa kali mendapat aduan daripada pelancong asing yang hairan melihat amalan segelintir pengusaha kedai makan dan restoran yang menggunakan tisu tandas sebagai pengelap mulut dan tangan.


Mereka mengganggapnya sebagai tidak sopan, malah ada yang mengatakan berasa geli untuk menggunakannya kerana ia biasa digunakan di tandas sahaja.

No comments: