Thursday, July 2, 2009

'Naga' Tasik Kenyir



Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan Naga atau Araipama Gigas di Tasik Kenyir. Akhbar Metro Ahad lepas mendedahkan kewujudan misteri ikan Naga yang didakwa membiak di Tasik itu. Ianya spesis kehidupan air yang diharamkan ditangkap dan dipelihara di Terengganu.




Tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula semalam sehingga 15hb Ogos ini diseluruh Tasik Kenyir kecuali kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.




Ikan Araipaima yang ditangkap hidup2 akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi Bukit Takal , Kemamam. Keadah menagkap ikan naga itu terhad kepada penggunaan joran dan setiap peserta perlu menpunyai permit serta mematuhi undang2 kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di tasik.




Araipama Gigas dikatakan boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat hingga melebihi 200 kilogram.

Doa untuk jauhi wabak H1N1


Wednesday, May 20, 2009

Bahaya Aircond kereta

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

Thursday, April 9, 2009

Journey to Phuket



Info dari Thailand....

Pada Rabu 8hb April aku bersama2 Saiful & Azhar ERC telah mengembara ke Phuket, Thailand.
Perjalanan bermula pada pukul 10.00am hari Rabu 8hb dari Restoran Zaman...setelah breakfast.. Ride sampai Temerloh ...tak semena2 ternampak minyak leak dari motor Saiful...Further check jumpa penutup gear oil skru hilang...nasib enjin tak jammed.. Terpaksa keluar ke Temerloh utk cari ganti skru..Kes ni menyebabkan lewat 1 1/2 jam dari jadual.


Perjalanan diteruskan melalui Batangkali dan melalui PLUS highway..Setelah isi petrol di Batang Kali..terus ride hingga Petrol Sg arah Perak Utara. Perjalanan diteruskan lagi sehingga R&R Gurun, Kedah. Jarak perjalanan adalah 582km. Hujan lebat sepanjang jalan kami sehingga sampai ke Bukit Kayu Hitam pada jam 1030 mlm. Setelah urusan passport dan insuran ..kami terus berjumpa Sdr Mazlan - pemegang MBOR solo ride ke China. Kami bermalam di Pekan Danok pada pukul 11.00mlm...Siapa sangka ,,aku boleh ride hari ini 12 jam perjalanan...


9hb April..Setelah bermalam di Oliver Hotel , Danok kami meneruskan lagi perjalanan ke Krabi yang terletak 420km dari Danok.. Selepas 50km dari Pekan Danok hujan turun sepanjang jalan tak henti2..Perjalanan menjadi perlahan disebabkan hujan...memang mencabar selama 5 jam didalam hujan. Kami tiba di Pekan Krabi jam 625 pm...lebih kurang 9 jam diastas motor.. Setelah rehat selama 2 jam di Krabi , kami pusing2 Krabi Night Market...jumpa macam2 barang...antaranya Belalang, ulat goreng, pistol nampak real giler...

Pukul 845mlm kami bergerak Ke Ao Nang, kawasan pelancongan sisir pantai....memang cantik...disini bermalam di Goodwill hotel bersama2 group motor BMW...


Esok pagi kami akan ke Phuket Bike Week....













Tuesday, March 31, 2009

Street Soccer

Kuantan - Hotlink & Milo menganjurkan baru2 ini Street Soccer di Taman Kerang pada 21 & 22 Mac..





Antara gambar2 yang diambil dari xtvt tersebut...street soccer, timang bola, pameran kereta & motor

Wednesday, March 25, 2009

Larangan restoran bukan Islam gantung ayat Alquran

Kuantan- Majlis Agama Islam dan Adat Resam Oahnag 9Maip) megesan ada pemilik restoran peniaga bukan Islam menggantung atau menampal ayat suci Al-Quran bagi mengaburi pelanggan Islam supaya terus mengunjungi premis mereka.

Bagi memastikan pemilik terbabit tidak melakukan perbuatan itu, pihak Maip mengadakan pemantauan dan pemeriksaan ke premis yang dikenalpasti dan mengarahkan pemiliknya menurunkan ayat suci berkenaan.

Tindakan pemilik bukan Islam mengambil kesempatan seperti itu hanya mengundang kesangsian dan was-was terutama mengenai status makanan dan minuman dihidangkan.

Masyarakat di Pahang yang mempunyai maklumat mengenai restoran milik peniaga bukan Islam yang mengantung serta menjual ayat suci itu supaya segera memaklumkan kepada Maip supaya tindakan dapat diambil.

Thursday, March 19, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat



Hari ini aku jalan2 ke Kuantan Parade...masuk kedai Darul Ansar ...nampaklah buku Hikmat nie...memang bagus untuk seluruh umat Islam ...

Tuesday, March 17, 2009

ERC - Wedding at Aspa Cottage

Pada 15hb March Ahad lepas, ERC telah mengiringi pengantin dari Duta Sand Resort ke Aspa Cottage bagi meraikan majlis perkahwinan adik Bob. Walaupun hujan lebat geng2 ERC tetap hadir pada hari tersebut..













































































Rompakan Di Kuantan Parade

Kuantan - Seorang lelaki bertopi kaledar fullface mengambil masa 7 SAAT untuk melarikan barang kemas bernilai RM60,000 di kedai emas di pusat membeli-belah Kuantan Parade kelmarin.

Suspek meluru masuk ke kedai dan melompat melepasi kaunter barangan kemas tanpa menghiraukan orang ramai disitu. Perompak itu benar2 berani dan nekad menyamun, dia tidak peduli waktu itu orang ramai dan pondok pengawal keselamatan hanya terletak beberapa meter dari tempat kejadian.

Kejadian kira2 pukul 7.30 malam, suspek tinggi 165cm memakai seluar panjang berwarna gelap dan bertopi kaledar meluru masuk sambil mengacukan sebilah pisau melompat kaunter barang kemas lalu sepantas kilat menarik laci dan mengambil segenggam barang kemas dipercayai rantai emas.

Pada masa itu 5 pekerja wanita bertugas menjadi panik dan tergamam tidak berbuat apa2 sehingga suspek melarikan diri.

Polis telah merujuk rakaman CCTV bagi mengenalpasti perompak itu.

Dilanda Ribut

Kuantan - Kejadian ribut melanda kawasan Lorong Tanjung Api 11 pada kira2 jam 4.50 petang Sabtu lalu selepas Asar merentap bumbung rumah penduduk di situ.