Kuantan- Majlis Agama Islam dan Adat Resam Oahnag 9Maip) megesan ada pemilik restoran peniaga bukan Islam menggantung atau menampal ayat suci Al-Quran bagi mengaburi pelanggan Islam supaya terus mengunjungi premis mereka.
Bagi memastikan pemilik terbabit tidak melakukan perbuatan itu, pihak Maip mengadakan pemantauan dan pemeriksaan ke premis yang dikenalpasti dan mengarahkan pemiliknya menurunkan ayat suci berkenaan.
Tindakan pemilik bukan Islam mengambil kesempatan seperti itu hanya mengundang kesangsian dan was-was terutama mengenai status makanan dan minuman dihidangkan.
Masyarakat di Pahang yang mempunyai maklumat mengenai restoran milik peniaga bukan Islam yang mengantung serta menjual ayat suci itu supaya segera memaklumkan kepada Maip supaya tindakan dapat diambil.
Wednesday, March 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment