Saturday, July 18, 2009

Jangan Guna Tayar Potong


Pengguna tayar sotong akan disaman terhadap pemilik kenderaan guna tayar potong atau toreh selepas 1 November ini.


Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Surjeet Singh, pemilik kenderaan mempunyai masa 3 bulan untuk menukar kepada tayar yang diluluskan oleh Institut Piawaian daan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).


Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan pemandu dan pemumpang serta pengguna jalan raya lain.


"Keselamatan kenderaan banyak bergantung kepada tayar kerana sekiranya tidak menggunakan tayar yang tidak diluluskan Sirim, ia bukan sahaja membahayakan pemandu dan penumpang tetapi juga pengguna lain.

Wednesday, July 15, 2009

Wang kertas baru RM50

D

Duit RM50 nie aku dapat pada tahun lepas Jun 2008. 2 keping not nie sampai sekarang belum digunakan lagi.






KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.
BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.





BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.





Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.
Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Sunday, July 12, 2009

Ronda-ronda kotaraya bersama Eleganeers















Saiful




Azhar





manCyber






Suite kami









Di Jalan P Ramlee



Trio bersama Lanz


Wajah disebalik Elegan




Kuala Lumpur- Baru2 Fantastic 3 dari Eleganridersclub telah berkumpul sekali lagi dan ride bersama2 ke KL. Kami telah menetap di suite mewah , Hotel Dynasty Jalan Ipoh.
Tujuan kami adalah untuk menambah aksesori pada jentera Modenas Elegan masing2 di McDonas. Thanks McKerol dan crew kasi gempak motor kami...
Kami juga telah bertemu rakan2 dari Eleganet dan ronda-ronda KL malam itu..

Keesokkannya sementara menanti jentera siap, kami ke Galaxy Ampang untuk menonton wayang box-office 'Transformer 2 '.
Memandangkan Azhar Ultra7 stay at KL, aku dan Saiful ride with top speed direct dari Shell Gombak terus ke R&R Gambang. Sepanjang jalan tu ,,,tiada yang menarik dalam kegelapan cuma diterangi cahaya mentol lampu OFF road ku "OSRAM" sambil menyuluh buntut Saiful dan ekzos mantapnya yang baru bikin berbunyi "KOSO" tu..

Akhirnya kami sapai di Indera Mahkota dan TT bersama Syam & Epin...Sampai rumah 11:45malam..Puas gak ronda kali nie..


Thursday, July 9, 2009

Firefly Flight Kuantan to Singapore


Kuantan- Firefly Sdn Bhd akan membuka laluan terus dari Kuantan ke Singapura bermula 22hb Julai ini sebagai langkah memperkukuhkan rangkaian syarikat penerbangan itu ke pelbagai destinasi.


Penerbangan pertama itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada jam 3.30pm dan tiba di Singapura pada jam 4.30pm.


Menurut Pengarah Urusannya, Eddy Leong, Firefly akan menyediakan empat kali penerbangan bagi destinasi tersebut dalam tempoh seminggu iaitu Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad serta menawarkan tambang sehala berjumlah RM88 bermula sekarang sehingga 24hb Oktober depan.


"Sebagai memudahkan penduduk Kuantan dan kawasan sekitarmya, Firefly menyediakan perjalanan terus ke Singapura empat kali seminggu. Pembukaan laluan tersebut merupakan satu promosi terutamanya kepada rakyat Singapura untuk mengunjungi destinasi pelancongan baik di negeri Pahang ini.

Wednesday, July 8, 2009

Ujian memandu JPJ akan guna kereta Auto


Kerajaan Malaysia bercadang untuk menggunakan kereta transmisi gear automatik sebagai kereta ujian memandu seperti di kebanyakkan negara lain seperti United Kingdom, Jepun dan Singapura.


Bagi melaksanakan cadangan ini, Kementerian Pengangkutan akan membuat perubahan kepada kurikulum memandu, latihan ujian memandu dan menstrukturkan semula kelas memandu bagi menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kenderaan automatik.


Peraturan untuk membenarkan penggunaan kenderaan automatik bagi tujuan ujian memandu juga akan dirangka dan pelaksanaannya akan dimulakan pada penghujung tahun ini.

Friday, July 3, 2009

Blog will be update as usual

Firstly,
I'm want to say that thousand apologise bcoz not updating this blog.... betul2 rasa bersalah gak sebab dalam masa 2 bulan tu macam2 perkara dan xtvt yang ada disekitar bandar Kuantan tak dapat capture...Apa2 pun InsyaAllah lepas nie semua will be normal...I'm back online again..

Secondary,
I will post backdated issue yang tak cover dalam tempoh 2 bulan tu......jadi selalu2 lah visit blog ni okayyyyy....

Thanks sebab dah ada follower...

Thursday, July 2, 2009

Ikan Patin Temerloh Durian Kg Awah








Epin & Abg Lan ditimpa durian raksasa



Along yang eksiden..hilang kaki kanan masih naik motor...




Abang Lan membelah durian





Jalan masuk ke KG along






Sedang membeli ikan Patin








Aku dapat ikan patin fresh..sauk sendiri tu...







Didepan Sg Pahang






















Ikan sungai









Banyak borong bro...












Merayap mencari barangan kampung













Bersama Bro Rosli dgn motor barunya Kawa Ez750



Pada Ahad 18hb Jun baru2 nie , aku bersama 5 lagi rakan-rakan ERC telah ride ke Temerloh.

Kali ini memang niat nak pekena masakan kampung...lebih-lebih lagi masakan orang Temerloh..


Seawal jam 8.30 pagi kami berkumpul di Taman Kerang untuk menantikan kwan2 yang lain untuk turut serta tapi setelah 1/2 jam menunggu ..takde sorang pun yang hadir. Terus ride ke Petronas Gambang Batu 12. Disini Syam & Rosli (naik Kawasaki Ez750) turut serta. Kami berlima memasuki LPT Gambang dan exit ke Kg Awah dan terus ke bandar Temerloh dan terus ke Pekan Sehari yang paling top di Pahang iaitu di sepanjang sungai. Disini Zack & isterinya dah sedia menunggu kami..


Kat sini kami cuba dapatkan ikan pekasam buatan orang kampung...Masing2 borong...jeruk ulam maman, pucuk serai kayu dan macam2 lah... Masing2 cuba mengenal jenis2 ikan sungai yang dijual di Pekan Sehari tu...


Setelah mendapatkan bahan2 tersebut, kami terus ke Kg Awah rumah Along...untuk pekena durian sebanyak yang boleh....best betul durian edisi pertama kat dusun dia...orang kata durian baru nak belajar berbuah..



Selepas jam 2.30 pm..kami meneruskan lagi perjalanan ke Lubuk Kawah untuk membeli ikan Patin...fresh dari Sg Pahang. Selepas tu kami terus ke Kg Sanggang, Taman desa Murni...rumah ayah Abang Lan..disini kesemua ikan Patin tu dimasak cara masak tempoyak laa....kegemaran kita laaa....



Perghhhhhh...masing2 makan ada yang sampai 5 pinggan petang tu.....

Jam 6.00 ptg kami mula bergerak balik ke Kuantan dan sampai jam 9.00 malam dengan barangan kampung....memang bestt......

'Naga' Tasik Kenyir



Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan Naga atau Araipama Gigas di Tasik Kenyir. Akhbar Metro Ahad lepas mendedahkan kewujudan misteri ikan Naga yang didakwa membiak di Tasik itu. Ianya spesis kehidupan air yang diharamkan ditangkap dan dipelihara di Terengganu.




Tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula semalam sehingga 15hb Ogos ini diseluruh Tasik Kenyir kecuali kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.




Ikan Araipaima yang ditangkap hidup2 akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi Bukit Takal , Kemamam. Keadah menagkap ikan naga itu terhad kepada penggunaan joran dan setiap peserta perlu menpunyai permit serta mematuhi undang2 kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di tasik.




Araipama Gigas dikatakan boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat hingga melebihi 200 kilogram.

Doa untuk jauhi wabak H1N1


Wednesday, May 20, 2009

Bahaya Aircond kereta

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.