Thursday, July 9, 2009

Firefly Flight Kuantan to Singapore


Kuantan- Firefly Sdn Bhd akan membuka laluan terus dari Kuantan ke Singapura bermula 22hb Julai ini sebagai langkah memperkukuhkan rangkaian syarikat penerbangan itu ke pelbagai destinasi.


Penerbangan pertama itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada jam 3.30pm dan tiba di Singapura pada jam 4.30pm.


Menurut Pengarah Urusannya, Eddy Leong, Firefly akan menyediakan empat kali penerbangan bagi destinasi tersebut dalam tempoh seminggu iaitu Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad serta menawarkan tambang sehala berjumlah RM88 bermula sekarang sehingga 24hb Oktober depan.


"Sebagai memudahkan penduduk Kuantan dan kawasan sekitarmya, Firefly menyediakan perjalanan terus ke Singapura empat kali seminggu. Pembukaan laluan tersebut merupakan satu promosi terutamanya kepada rakyat Singapura untuk mengunjungi destinasi pelancongan baik di negeri Pahang ini.

No comments: