Thursday, July 2, 2009

Ikan Patin Temerloh Durian Kg Awah








Epin & Abg Lan ditimpa durian raksasa



Along yang eksiden..hilang kaki kanan masih naik motor...




Abang Lan membelah durian





Jalan masuk ke KG along






Sedang membeli ikan Patin








Aku dapat ikan patin fresh..sauk sendiri tu...







Didepan Sg Pahang






















Ikan sungai









Banyak borong bro...












Merayap mencari barangan kampung













Bersama Bro Rosli dgn motor barunya Kawa Ez750



Pada Ahad 18hb Jun baru2 nie , aku bersama 5 lagi rakan-rakan ERC telah ride ke Temerloh.

Kali ini memang niat nak pekena masakan kampung...lebih-lebih lagi masakan orang Temerloh..


Seawal jam 8.30 pagi kami berkumpul di Taman Kerang untuk menantikan kwan2 yang lain untuk turut serta tapi setelah 1/2 jam menunggu ..takde sorang pun yang hadir. Terus ride ke Petronas Gambang Batu 12. Disini Syam & Rosli (naik Kawasaki Ez750) turut serta. Kami berlima memasuki LPT Gambang dan exit ke Kg Awah dan terus ke bandar Temerloh dan terus ke Pekan Sehari yang paling top di Pahang iaitu di sepanjang sungai. Disini Zack & isterinya dah sedia menunggu kami..


Kat sini kami cuba dapatkan ikan pekasam buatan orang kampung...Masing2 borong...jeruk ulam maman, pucuk serai kayu dan macam2 lah... Masing2 cuba mengenal jenis2 ikan sungai yang dijual di Pekan Sehari tu...


Setelah mendapatkan bahan2 tersebut, kami terus ke Kg Awah rumah Along...untuk pekena durian sebanyak yang boleh....best betul durian edisi pertama kat dusun dia...orang kata durian baru nak belajar berbuah..



Selepas jam 2.30 pm..kami meneruskan lagi perjalanan ke Lubuk Kawah untuk membeli ikan Patin...fresh dari Sg Pahang. Selepas tu kami terus ke Kg Sanggang, Taman desa Murni...rumah ayah Abang Lan..disini kesemua ikan Patin tu dimasak cara masak tempoyak laa....kegemaran kita laaa....



Perghhhhhh...masing2 makan ada yang sampai 5 pinggan petang tu.....

Jam 6.00 ptg kami mula bergerak balik ke Kuantan dan sampai jam 9.00 malam dengan barangan kampung....memang bestt......

No comments: