Sunday, March 15, 2009

Larangan Berjudi di Pahang

Kuantan - Sultan Pahang,Ahmad Shah memerintahkan larangan umat Islam memasuki atau melawat semua premis perjudian - kedai nombor ekor dikuatkuasakan mulai 13 Mac 2009 sebagaimana tertakluk di bawah Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Pahang.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abd Wahid Bin Wan Hassan berkata, baginda sudah menandatangani pengistiharan larangan itu pada 3 Disember lalu.

Rakyat yang beragama Islam di negara ini dilarang melawat dan memasuki semua tempat atau premis sebagai rumah judi atau rumah judi terbuka sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 ( disemak 1983). Takrifan rumah judi ini termasuk apa yang dikenali sebagai tempat jual nombor ekor atas apa nama sekali pun.

Menurutnya, sesiapa yang melanggar perintah itu, dia boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 169, Enakmen Pentadbiran MAIP dan Adat resam Melayu Pahang no 8 1982 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Umat Islam perlu mematuhi peraturan dilaksanakan itu bagi memastikan mereka menjauhi amalan yang bertentangan agama.

Selaras dengan itu, anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan senantiasa melakukan pemantauan terhadap umat Islam yang ingkar. Mereka ada kuasa menangkap dan menahan orang Islam yang didapati masih mengunjungi, memasuki atau membeli nombor ekor di premis itu. Umat Islam yang masih bekerja di premis berkenaan turut tidak terlepas dikenakan hukuman sama.

persoalan : bagaimana hukuman sekiranya orang Islam melawat tempat yang berkaitan dengan perjudian...contoh pusat percutian Genting yang jelas berunsurkan perjudian..

No comments: