Konvoimania ERC pada bulan Februari 2009 pada kali ini adalah menuju ke Stesyen JanaElektik Sultan Mahmud di daerah Kuala Berang pada 7hb & 8 hb Feb. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan ilmu dan menambahkan pengetahuan ahli2 ERC berkenaan janakuasa elektrik hidro ini dibuat. Kebiasaannya orang akan ke Kenyir untuk memancing atau beriadah tetapi bagi ERC lain dari lain beb...kita menjelajah ke dalam Bilik Kawalan dan kawasan turbin janakuasa di Kenyir nie...
Ride kali nie terbahagi kepada dua kumpulan:
Kumpulan 1 - ride hari Sabtu terus menuju ke Kuala Trengganu dan bermalam bersama group Terengganu Eleganeer Community (TEC) di Tmn Armon.
Kumpulan 2 - ride dari Kuantan pada pagi 8hb dari Taman Kerang, Kuantan terus ke Kenyir.
Sabtu 7hb Februari - Kumpulan 1 berkumpul di Stesyen Minyak Shell, Semambu pada pukul 2.30 pm. Jam 3.30pm tayar bergolek melalui Kuantan Bypass dan melalui jalan pantai terus menuju ke Bandar Dungun.
Hentian pertama di Stesyen Minyak Petronas Dungun dan henti rehat di Restoran Haikey.
Pekena keropok Dungun..
Selepas bandar Dungun, kami terus ke Chendering untuk melawat salah sorang group TEC yang kemalangan jalanraya..
Yang bestnye dapat dijamukan keropok lekor Chendering nie....sedap.
Pada sebelah malam , xtvt BBQ disediakan oleh TEC di penginapan kami di Taman Armon, Seberang Takir berdekatan Airport..
Bro Yassir ngan Bro BUD TEC...sama gagah aje tu...gagah makan.
Pehhh...sedap terlampau ke si Azhar tu sampai herot mulut baham ayam...
Selepas acara BBQ malam tu, ERC & TEC kuar lak pergi ke Batu Rakit untuk TT ngeteh walaupun dah lewat pukul 1130 mlm..Pukul 0130 am baru balik semua ke rumah rehat..
No comments:
Post a Comment