Hari ini Isnin - 27 Rejab adalah hari Israk Mikraj.
Israk bermakna perjalanan Rasulullah pada satu malam dari Masjid Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dalam tempoh singkat.
Mikraj pula ialah perjalanan Nabi Muhammad naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit)sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha iaitu dari Masjid Aqsa menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah sembahyang lima waktu sehari semalam.
Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke3 sebelum Nabi berhijrah.
Israk Mikraj adalah peristiwa luarbiasa , melangkau pancaindera manusia tapi membuktikan keagungan dan kebesaran Allah yang menguasai langit dan bumi.
Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongengtetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.
Malah ulamak mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya akan terkeluar dari Islam.
Sunday, July 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment