Monday, July 20, 2009

Bukit Gambang Water Park




Kuantan- Bukit Gambang Water Park adalah yang pertama dibina di Pantai Timur. Taman tema itu dibangunkan dengan konsep keseronokan percutian bermain air bagi menarik pengunjung terutama bagi yang sudah berkeluarga.

Pusat pelancongan yang dibina diatas tanah seluas 24 hektar, terletak 20 km dari pusat bandar Kuantan. Ianya merupakan satu kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dengan pihak Sentoria Themeparks & Resorts bagi memperkenalkan dan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Pahang.

Ia juga boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan ekonomi negeri malah dapat menbantu industri lain yang berkaitan.

Taman tema tersebut mula dibuka kepada orang ramai semalam dengan bayaran masuk RM19.90 bagi orang dewasa dan RM12.90 bagi kanak-kanak.

2 comments:

Anonymous said...

teruja nak pergi sana..tengok gambar kawan yang dah pergi sana, syok,cantik..at least ada taman tema dekat ngan terengganu...harga berpatutan tapi harap dapat maintain macam tu n buat promosi, beli 3 tiket dewasa/kanak-kanak percuma satu tiket..hehe..

Anonymous said...

semek noni and dilla..moh ler kiter