Friday, August 28, 2009

Kadar Zakat Fitrah 2009/1430H


Berikut adalah kadar yang telah ditetap bagi zakat Fitrah bagi negeri2 di seluruh Malaysia pada tahun ini.


Kuala Lumpur - RM7

Johor - RM5/RM7.50

Kedah - RM7

Kelantan - RM6.80

Melaka - RM6.30

N. Sembilan - RM6.50

Pahang - RM7

Perak - RM7

Perlis - RM6

P.Pinang - RM7

Sabah - RM6.60

Sarawak - RM6

Selangor - RM7

Terengganu - RM5/RM7/RM8

Koleksi Hadis

Dari Abu Hurairah berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda: Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan . Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya ( dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata : Wahai fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu & ini. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan tuhannya menutupinya tetapi dipagi hari menampakkan apa yang Allah tutup (pada malam itu).

Hadis Bukhairi

Hadis Fadhilat Ramadhan

Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan tiap kali sujud akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan dan dibina rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat , 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya.

Sunday, August 23, 2009

Program Gempak Desa Astro di Dataran Pekan

Penulis blog bersama rakan2.



Eleganridersclub (ERC) Kuantan telah menerima jemputan dari Modenas untuk bersama-sama menyertai Program Gempak Desa Astro yang diadakan di Dataran Pekan pada 1hb Ogos yang lalu. Seramai 14 buah Elegan dapat turut serta pada hari itu..
Selain bertemu artis, antara acara pada hari itu adalah ride jelajah sekitar kampung di bandar Pekan.





Ride to Phuketbikeweeks masuk Majalah WTR


AKhirnya journey kami ke Phuket dalam bulan April dulu tu masuk dalam Majalah WTR keluaran Julai/Ogos 2009. Sebanyak 6 mukasurat dengan pelbagai gambar sepanjang perjalanan ke Phuket turut dimuatkan. Saya nak ucapkan ribuan terimakasih kepada Editor WTR iaitu Ina Idham & Sdr Sham kerana memberi peluang menulis dan menyiarkan artikel tersebut.

Ramadan Al Mubarak


Kini Ramadhan datang berkunjung lagi dengan beribu2 rahmat dan berkat didalamnya. Tingkatkan amalan kerana dijanjikan pahala berganda-ganda. Alhamdulillah kita masih dapat berada di dalam bulan yang sungguh dicintai oleh para nabi dan para sahabat serta seluruh umat Islam di dunia.

Bulan ni semua amalan baik akan dilipatkaligandakan, so jangan la kita melepaskan peluang yang ada ni. Semua dosa-dosa yang dah kita lakukan tak kira yang besar atau kecik mintak diampunkan olehNya. Amin...


Di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah membaca artikel yang aku post kat dalam blog ni, yang pernah berkecik hati dengan post aku, kawan-kawan, member-member dan semua umat Islam di seluruh dunia yang boleh membaca posting aku dalam blog ni. Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Saya juga inigin memohon keampunan dari semua yang mengenali diri ini.

Tuesday, August 4, 2009

Gempar BOM di Mahkamah Kuantan

KUANTAN - Suasana Kompleks Mahkamah Kuantan gempar dan dikosongkan hampir dua jam selepas menerima ancaman bom, pagi ini.Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoof berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah menerima panggilan mengatakan terdaapt bom di kompleks itu kira-kira jam 9.18 pagi sebelum mengeluarkan arahaan mengosongkan bangunan.Bagaimanapun beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada bom dijumpai, malah panggilan itu didapati palsu.

petikan myMetro

Monday, August 3, 2009

Perasmian MSC Kuantan

Hari ini 4 hb Ogos 2009, Perdana Menteri akan melancarkan MSC MALAYSIA Cybercentre di Putra Square, Kuantan.