Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, July 19, 2009

Israk Mikraj - perintah solat 5 waktu

Hari ini Isnin - 27 Rejab adalah hari Israk Mikraj.

Israk bermakna perjalanan Rasulullah pada satu malam dari Masjid Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dalam tempoh singkat.

Mikraj pula ialah perjalanan Nabi Muhammad naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit)sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha iaitu dari Masjid Aqsa menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah sembahyang lima waktu sehari semalam.

Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke3 sebelum Nabi berhijrah.

Israk Mikraj adalah peristiwa luarbiasa , melangkau pancaindera manusia tapi membuktikan keagungan dan kebesaran Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongengtetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah ulamak mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya akan terkeluar dari Islam.

Tuesday, September 23, 2008

Anak Bulan Syawal


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan permulaan Hari Raya Puasa tahun ini akan diadakan pada petang Isnin, 29 September bersamaan 29 Ramadhan 1429 Hijrah di 29 tempat yang ditetapkan diseluruh negara. Bagi Negeri Pahang lokasi melihat anak bulan adalah di Bukit Pelindung Kuantan dan Tanjung Batu, Nenasi Pekan.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengistiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.


Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sunday, September 14, 2008

Kadar bayaran zakat mengikut negeri 2008

Kadar zakat fitrah tahun ini di seluruh negara meningkat di antara 50 sen dan RM2.80, Kelantan mencatatkan kadar tertinggi iaitu RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.Kenaikan kadar itu dipercayai ada kaitan dengan peningkatan kos sara hidup berikutan kenaikan harga minyak serta kenaikan harga beras baru-baru ini.

*INFO: Kadar bayaran zakat mengikut negeri*

- JOHOR - 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
- KEDAH � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
- KELANTAN � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.60.
- MELAKA � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM 6.30.
- NEGERI SEMBILAN � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
- PULAU PINANGRM5.00 untuk 2007 dan 2008.
- PAHANG � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.30.
- PERAK � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
- PERLIS � 2007 antara RM5.00 hingga RM6.00 manakala 2008 antara RM6.00 hingga RM7.00.
- SABAH � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.20.
- SARAWAK � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.50.
- SELANGORRM5.20 untuk 2007 dan 2008.
- TERENGGANU � 2007 antara RM4.80 hingga RM5.50 manakala 2008 antara RM6.00 hingga RM8.00.
- WILAYAH PERSEKUTUAN � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM5.20.

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan Al Mubarak