Showing posts with label Khidmat awam. Show all posts
Showing posts with label Khidmat awam. Show all posts

Monday, November 24, 2008

Pasar Nelayan Kampung Balok


Antara Pasar Ikan Segar yang terkenal di Kuantan ialah di Beserah dan juga Jeti Tanjung Api, Kuantan. Kini kemudahan Pasar Ikan 'FRESH' juga telah dibuka di Kampung Balok Pantai dikenali sebagai Pasar Nelayan Kg Balok. Ianya dirasmikan oleh Tuan Haji Zali bin Ibrahim, Pengarah LKIM negeri Pahang pada 22 Oktober 2008 yang lalu.


Apa yang menarik jetinya betul2 terletak di muara sungai Balok. Ikan Fresh betul beb!

Perkhidmatan bas awam semakin KRITIKAL


Kuantan- Masalah ketiadaan bas yang tidak berkesudahan di daerah ini menyebabkan ramai pengguna kenderaan itu menyebabkan orang ramai 'meluat' dengan sistem pengangkutan awam. Mereka bukan sahaja bekerja sendiri malah kakitangan kerajaan dan pelajar juga terpaksa bertahan dengan karenah itu. Proses menangani masalah itu terlalu lama sehingga keadaan semakin kritikal.


MPK masih menangguhkan peruntukan sebanyak RM71 juta untuk meningkatkan kemudahan awam berkenaan sedangkan ramai pengguna memerlukan perkhidmatan itu. Antara kawasan yang dikenalpasti semakin terseksa dengan masalah ini ialah Cenderawasih, Bukit Sekilau, Kampung Bahagia, Tanjung Lumpur dan beberapa tempat lain membabitkan kawasan bandar.


Persoalannya kini, siapa yang perlu dipersalahkan dan harus bertanggungjawap bagi memastikan rakyat tidak terseksa dengan permainan ini.