Sekadar ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada yang menyambutnya. Bagi orang2 seperti kita ni, ni time utk jalan2 makan angin, balik kampung, jumpa sedara-mara nikah kahwin dan macam2 xtvt sepanjang cuti perayaan ni.
Teringat lak masa bujang2 dulu dgn member baik setaman - Nami, KK, Im, Kharul, Madi.
Time dulu kalau cuti Raya Cina kitaorang mesti pergi tengok wayang, lebih2 lagi cerita Jackie Chan. Pagi2 lagi dah naik bustown, pastu gi Komplek Teruntum atau pun Cathay... niat tgk tu ada 2 - satu memang nak tengok aksi stunt Jackie Chan dan satu lagi nak mendajal suasana dlm panggung.. yelah cerita HongKong mana kitaorang faham bahasa sangat.....jadi bila time Jackie Chan sedih/menangis kitaorang pakat gelak KAW-KAW punyer....Haaaa...HAaaaa...bukan perlahan tapi dgn nada kuat giler....
Orang nak marah...kita buat tak tau je sbb tak reti bahasa.....Haaa...haaaa....
Kak...Kah..Kah...
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts
Sunday, February 14, 2010
Saturday, January 23, 2010
Memori Sepanjang 2009





















Tahun 2009 memberi kenangan yang cukup indah dalam hidupku. Ini berikutan kejayaanku sebagai insan biasa yang melepasi batas yang tak pernah ku fikirkan selama ini.
Pertama : kejayaan menunggang skuter Eleganku CCF3113 ke Phuket Bike Week 2009 di Patong Beach, Phuket, Thailand bersama-sama 3 lagi rakan iaitu Saiful, Azhar & Mazlan.
Kedua: berjaya menjadi wartawan sambilan majalah motor World tour Rider (WTR) dimana artikel2 ku berkenaan xtvt bersama ERC X-treme. Thanks to editor WTR Ina & Sham.
Ketiga: berjaya menghadiahkan sebuah kereta kepada isteri tercinta sempena hari jadinya.
Keempat: berjaya mendapat ramai teman di seluruh malaysia terutama kawan2 kelab Elegan.
dan aku nak ucapkan terimakasih tak terhingga kepada isteri, 5 orang anak-anakku, mak abah dan semua yang mengenali diri ini.
Labels:
Memori
Subscribe to:
Posts (Atom)