Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

Berhenti Guna Tisu Tandas di Premis Makanan


Kuantan- Persatuan Pelindungan Pengguna Malaysia meminta pengusaha makanan di negeri ini supaya berhenti menyediakan tisu tandas sebagai pengelap tangan dan mulut kepada pelanggan di premis mereka.


Presidennya, Dato Mohamad Firdaus Abdullah berkata, segelintir pengusaha makanan dikesan masih menyediakan tisu jenis itu walaupuntidak dibenarkan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.


Menurutnya, penyediaan tisu jenis itu untuk digunakan sebagai pengelap tangan dan mulut adalah tidak sesuai malah boleh dianggap sebagai tidak menghormati pelanggan.

Beliau pernah beberapa kali mendapat aduan daripada pelancong asing yang hairan melihat amalan segelintir pengusaha kedai makan dan restoran yang menggunakan tisu tandas sebagai pengelap mulut dan tangan.


Mereka mengganggapnya sebagai tidak sopan, malah ada yang mengatakan berasa geli untuk menggunakannya kerana ia biasa digunakan di tandas sahaja.

Wednesday, January 14, 2009

Hari Solidariti Palestin

Badan Nadwah Islamiah Pahang dengan kerjasama enam pertubuhan lain menubuhkan sekretariat Solidariti Palestin yang akan menganjurkan Hari Solidariti Palestine di perkarangan Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad 1, pada 16 Januari ini.

Sekretariat itu dtubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti yang berkaitan bantuan kepada rakyat Palestin serta menyedarkan orang ramai mengenai penderitaan yang dialami mereka.

Antara pertubuhan NGO yang menyertai ialah ABIM, Jemaah Islamiah dan Pers Bekas Pelajar IPT, Yayasan Amal, Majlis Belia dan Sukan Kuantan.

Antara program yang akan diadakan pada hari itu ialah pameran mengenai Palestin, kutipan derma dan pidato pada sebalah malam. Orangramai juga boleh menyampaikan derma kepada rakyat Palestin dengan menghantar kepada NADWAH , 121A, Tingkat 1, Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, Kuantan atau sumbangan di Nadwah Mini Market.

Tuesday, January 13, 2009

Info - Tambang MAS Baru


Orang ramai bakal menikmati tambang kapal terbang lebih murah mulai hari ini 14 Januari 2009.


Ini berikutan langkah Pernerbangan Malaysia memansuhkan surcaj bahan api domestik setelah mengambil kira penurunan harga bahan api serta tekanan persaingan. Pemansuhan surcaj itu juga bertujuan untuk merangsang perjalanan udara semasa tempoh kelembapan ekonomi.


DESTINASI / HARGA ASAL /HARGA BARU

KL - Kuantan /RM244/ RM184

KL- Kuching /RM469 / RM330

KL- Kota Bharu /RM294 / RM234

KL- KKinabalu /RM619 / RM450

KL- KTrengganu /RM294/ RM234


Wednesday, December 3, 2008

Amaran Hujan di Pantai Timur

Jabatan Meteorologi mengeluarkan nasihat peringkat Kuning mengenai hujan sederhana kadangkala lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan sekitar Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Keadaan ini mungkin menyebabkan banjir di sekitar tebing sungai dan kawasan-kawasan rendah. Menurut nya ia akan berlaku dari 4 Disember, Khamis pada sebelah malam sehingga 8 Disember, Isnin.

Kawasan di Pahang menbabitkan daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Bera, Rompin dan Pekan.

Kenderaan kecil diminta berhati-hati semasa banjir.

Monday, November 24, 2008

JMM jangka tiada banjir besar 2008




Kuantan - Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Pahang menjangkakan tiada banjir besar atau luarbiasa berlaku di negeri ini berdasarkan kepada jangkaan jumlah taburan hujan yang diterima.





Ketika ini ia masih di peringkat awal Monsun Timur Laut dan Pahang diramalkan mula menerima episod hujan lebat paling awal penghujung minggu pertama Disember 2008 depan dan dijangka berlarutan antara tiga dan lima hari, Keadaan hujan itu dilihat masih normal dan tidak membawa kepada keadaan banjir yang luar biasa seperti tahun lalu.





Sekiranya hujan lebat mula berlaku, JMM akan mengeluarkan amaran seterusnya JPS membuat pemantauan aras sungai sebelum membuat hebahan kepada media.



link http://www.kjc.gov.my/

Wednesday, November 5, 2008

Awas, Berhati-Hati Dengan Taktik Penipuan Harga Oleh Pengusaha Pam Minyak !!

KUANTAN: Orang ramai disekitar bandar ini dinasihatkan berhati-hati ketika mengisi minyak di mana-mana stesyen minyak di bandar ini. Ia berikutan pihak kami menerima aduan daripada orang ramai yang begitu kecewa dengan taktik "baru" yang digunakan oleh pemilik stesyen minyak untuk mengaut keuntungan mudah. Kaedah yang digunakan ialah mereka mengubahsuai "nozel" supaya banyak gas dan angin yang masuk ke dalam tangki sebelum minyak diisi. Ini disedari oleh beberapa orang pengguna yang mengisi minyak dibandar ini. Mereka mendapati harga minyak berdasarkan liter berbeza-beza antara stesyen minyak, biarpun kerajaan telah menetapkan harga baru bahan mentah itu. Kami difahamkan langkah ini dilakukan, bagi mengelakkan kerugian akibat penurunan harga minyak yang begitu mendadak mutakhir ini.

Perkara ini telah didedahkan oleh Puan Nancy Khong, Bekas Calon PKR DUN Semambu dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa terdapat banyak penipuan dilaporkan melibatkan stesyen minyak. "Pemilik dipercayai tertekan akibat kenaikan harga minyak, maka mereka cuba untuk mencuri wang pengguna. Apa yang dilakukan ialah mereka mengubah "modifite" nozel minyak. Akibatnya, bila kita mengisi minyak senantiasa berubah-ubah antara stesyen. Harga minyak terbaru RM2.15 seliter hanya terdapat pada meter sahaja. Sebaliknya perkara ini telah diubah oleh mereka. Maknanya jika kita mengisi minyak dalam RM20 sepatutnya minyak ialah 9.302 liter. begitu juga sebaliknya" katanya.

Menurut beliau lagi "Pengguna tidak perasan perkara ini sebab mereka membayar minyak terlebih dahulu di kaunter. Inilah padahnya perkhidmatan self-service yang diamalkan di stesyen minyak. Penipuan boleh berlaku bila-bila kerena pengguna tidak menyedarinya. Bayangkan berapa banyak lebihan untung yang diperolehi oleh pengusaha stesyen minyak setiap hari dengan taktik ini. Justeru itu kami mahu pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Sampai bila kita harus ditipu". Beliau juga menegaskan bahawa pengguna boleh mengenalpasti penipuan ini dengan membawa botol mineral water 1.o liter ketika mahu mengisi minyak. Mereka boleh isikan dulu minyak dalam botol terbabit dan cuba lihat jumlah RM2.15 apakah ia bersamaan dengan 1.0 liter. Jika sama baru teruskan isian berikutnya, tetapi Jika sebaliknya maka boleh mengadu kepada pihak pberkenaan. Maknanya jika ia tidak cukup, terbukti mereka telah menipu pengguna. Akhirnya pengguna yang terpedaya dengan taktik kotor pengusaha pam minyak.

petikan dari pahangdaily..

Perkara ini juga sebenarnya berlaku di seluruh negara. Justeru itu kepada orang ramai berhati-hatilah ketika membeli minyak. Pastikan anda membawa botol air mineral 1.0 liter sebagai bukti. Jika tidak setiap hari anda akan terus ditipu oleh pengusaha yang rakus ingin mengaut keuntungan yang berlipat ganda setelah harga minyak diturunkan. Sebarkan info ini kepada semua rakan-rakan di seluruh negara, beri kesedaran kepada mereka agar melakukan perkara yang sama. Respond kepada perkara ini sila email pahangdaily@yahoo.com untuk kami war-warkan disini mana-mana stesyen minyak di seluruh negara yang melakukan perbuatan ini. Sama-sama kita boikot dan hanya pergi ke pengusaha stesyen yang jujur sahaja.

Tuesday, November 4, 2008

Jalan Pasar Baru 2 Dijadikan Jalan Sehala

Bermula 7hb November MPK memaklumkan Jalan Pasar Baru 2 akan dijadikan Jalan Sehala.
Perubahan tersebut dibuat dari persimpangan Jalan Pasar Baru 2 / Jalan Stadium sehingga persimpangan Jalan Pasar Baru 2 / Jalan Tun Razak.

Perubahan itu dibuat berikutan masalah kesesakan lalulintas di sepanjang Jalan Pasar Baru 2.

Tuesday, October 21, 2008

Ops Sikap XVIII - Zero accident

Kuantan - Cawangan Trafik Pahang berusaha menurunkan jumlah kemalangan terutama membabitkan kematian di negeri ini dlm Ops Sikap XVIII bermula 24hb hingga 29 Oktober ini diseluruh negara sempena Perayaan Depavali .

Polis mensasarkan mengurangkan jumlah kemalangan daripada 881 kes dlm Ops Sikap XVII kepada satu jumlah yang lebih kecil atau kemalangan sifar.

Dalam Ops Sikap yang lalu, Pahang berada dalam kedudukan ketujuh seluruh negara selepas jumlah kemalangan dalam tempoh 24 September sehingga 8 Oktober lalu menunjukkan peningkatan 88 kes atau 11.5% . Jumlah kemalangan maut berjaya diturunkan apabila mencatatkan sembilan kes membabitkan kematian 12 pengguna jalanraya dan penurunan sebanyak 52.6% atau 10 kes dibandingkan kemalangan maut terdahulu.

Dalam Ops Sikap XVIII kelak, Polis berharap jumlah kemalangan dapat dikurangkan semaksimum mungkin dalam usaha mencapai hasrat yang mensasarkan kemalangan sifar. Pihak polis akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman tidak akan membantu sekiranya penunggang & pemandu kenderaan masih berdegil dan enggan mematuhi peraturan lalu-lintas.

Wednesday, October 8, 2008

MUSC DRAG Challange 2008 Gegar Kuantan



Kuantan - Sekali lagi arena permotoran tempatan kembali bergegar dengan aksi pelumba dalam Malaysian United Scooter Community (MUSC) Drag Challange selama 2 hari bermula 11 Oktober ini.


Perlumbaan akan diadakan di hadapan Kompleks Kerajaan di Indera Mahkota membabitkan Sprintest (uji pecut) dengan 3 kategori dipertandingkan iaitu empat lejang cub, skuter dan 2 lejang bawah 150cc. Kejohanan ini sambungan MUSC Drag Challange Championship 2008 yang diadakan mengelilingi seluruh Malaysia dan acara di Kuantan adalah pusingan ke-11.


Sementara itu, hari kedua bakal menyaksikan acara kereta dengan empat kategori dipertandingkan iaitu K-car terbuka, N.A dibawah 1800cc dan Turbo 2WD bawah 1800cc.


Selain acara Sprintest pelbagai gerai jualan dan pameran turut diadakan dalam kejohanan itu.

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tarikh Hari Raya telah diistiharkan jatuh pada hari Rabu 1 hb Oktober 2008 , bersamaan 1 Syawal 1429 Hijrah.

Dengan ini saya ingin memohon keampunan diatas segala kesilapan samada sengaja atau tidak. Semoga kita beroleh kejayaan dan diterima Allah segala ibadat dan puasa di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Lagi ucapan dari my web raya yang didesign khas untuk kawan2 semua...

http://www.wix.com/mancyber/maintenance





.

Thursday, September 18, 2008

Durian runtuh


Penggemar 'raja buah ' kini boleh mendapatkan durian murah di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah yang dijual antara RM3 dan RM4 sekilo sahaja yang dilakukan setiap tahun.


Orang ramai boleh membeli durian terbaik di negeri ini dengan harga yang jauh lebih murah disini, setiap hari dari jam 9 pagi hingga 12 tghari.


Sebanyak 1200 batang pokok durian disana dapat membekalkan sebanyak 3000 durian setiap hari untuk dijual dihadapan pintu masuk taman. Penjualan dilakukan bermula awal September lalu dan dijangka berakhir menjelang Aidilfitri ini dengan jualan mencecah kira2 50,000 biji. Pihak Taman Pertanian memberi peluang kepada orang ramai merasai rasa durian terpilih dengan harga murah. Antara jenis durian ialah D145, IOI, D2, D45 dan sebagainya.


.

Sunday, September 14, 2008

Gangguan Bekalan Air di Bandar Kuantan


Jabatan Bekalan Air (JBA)Pahang memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air berlaku di bandar Kuantan dan sekitarnya sejak kebelakangan ini.


Ini disebabkan loji air Bukit Ubi yg membekalkan air ke bandar tidak beroperasi sejak sebulan lalu akibat tanah runtuh yg menyebabkan paip air mentah terputus. Utk mengatasi masalah ini, bekalan air diambil dari loji air Semambu yg juga membekalkan air disekitar bandar Kuantan.


Pada 11 September lalu, satu kebocoran besar dikesan pada laluan paip air mentah ke loji air Semambu yg menyebabkan keupayaannya membekalkan air terjejas akibat tekanan rendah. Kebocoran ini tidak dpt dibaiki serta-merta kerana melibatkan kelengkapan yg perlu ditempah dan dijangkakan kerja membaiki kerosakan ini dpt disiapkan sebelum 23 September ini.


JBA akan menghantar bekalan air melalui lori tangki ke kawasan yg terjejas teruk dan mengharapkan pengguna dapat menggunakan air secara cermat dan berhemah.





..sumber JBA Pahang

Saturday, August 30, 2008

Sambutan Ambang Merdeka 2008




Sambutan ambang merdeka peringkat negeri Pahang diadakan pada 30 Ogos di Jalan Tun Ismail iaitu di tapak letak kereta hadapan Bangunan AIA bermula jam 9 malam hingga 1 pagi.


Antara program sambutan tersebut ialah penyerahan bendera kepada peniaga pasar malam oleh Menteri Besar, persembahan pentas, countdown detik kemerdekaan, laungan merdeka, nyayian lagu2 patriotik dan pertunjukan bunga api.

Thursday, August 21, 2008

PC Fair 2008





Once again the event was held at Berjaya Megamall main concourse and 2nd concourse for the PIKOM PC Fair 2008 , It is a corporate event for event organizers and ... ICT product. More sale on the latest Notebooks.

Program Marhaban




Satu program anjuran ASTRO di Kuantan Parade telah diadakan baru-baru ini bagi peserta pertandingan dari Kuantan pada 17 Ogos 2008. panel juri terdiri daripada Ustaz Akhil , Aishah.

Tuesday, August 12, 2008

Zakat Fitrah tahun nie RM7.30


Kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini meningkat sebanyak RM2.50 selepas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menetapkan kadar baru iaitu sebanyak RM7.30 seorang.


Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kadar yang ditetapkan tersebut bergantung kepada harga pasaran beras semasa dan kadar RM4.80 sudah tidak relevan.


Sekiranya harga beras dipasaran menurun, kadar bayaran zakat fitrah juga akan diturunkan. Sebagai umat Islam, seharusnya tidak ada rungutan mengenai kenaikan mendadak itu kerana ia bergantung kepada keadaan semasa selain menjadi kewajipan umat Islam.


Sertailah Kuiz Zakat Sempena Kempen Zakat Perdana MUIP 2008 di http://www.zakatpahang.com.my/

Monday, July 14, 2008

Karnival Keselamatan Makanan









Kuantan - 12hb Julai bertempat dipadang MPK 1B (berhampiran Masjid Negeri) satu majlis pelancaran penyeragaman penggeredan premis makanan dan karnival keselamatan makanan peringkat negeri Pahang telah diadakan oleh Jabatan Kesihatan Pahang.






Program tersebut turut dimeriahkan dengan pameran kesihatan, pertandingan mewarna, larian sihat dan juga senaman aerobik.






GRED2 Kesihatan:






A - paling BERSIH



B - BERSIH



C - MEMUASKAN




Dengan penyeragaman pengeredan baru ini, pengusaha2 makanan terutama kantin sekolah akan lebih serius mengelakkan keracunan dalam pengendalian makanan.



Monday, July 7, 2008

Karnival - sambutan luar dugaan




Kuantan - Karnival Sg Lembing yang berlangsung selama 3 hari melabuhkan tirainya semalam dgn sambutan luar dugaan drpd masyarakat setempat mahupun penduduk luar dan akan dijadikan acara tahunan. Ianya merupakan salah satu promosi terbaik sebagai sebuah destinasi pelancongan di daerah ini.




Sambutan acara program ini sangat hebat dan ia terbukti apabila setiap acara disertai peserta dan lebih mengejutkan setiap makanan di kanopi habis dijual. Seramai 400 peserta menyertai Larian Jambatan Gantung dengan hadiah yang amat menarik hingga berjaya menarik peserta tempatan dan luar drp Pahang.




MPK akan memperuntukkan projek bernilai RM5 juta bakal memberi nafas baru dan merupakan satu aset bernilai untuk pembangunan Sungai Lembing terutama kepada industri pelancongan disini.










.

Monday, June 30, 2008

Carnival Sungai Lembing


COme and visit Sg Lembing on 5th & 6th July. Interesting Suspension bridge ECO-RUN , Futsal , traditional dances and others xtvt....
For detail info goto MPK websites.
..

Museum Sungai Lembing




Sungai Lembing is a tin mining town 42 km northwest of Kuantan.Until the 1970s, Sungai Lembing was a major producer of underground tin among the largest and deepest in the world. The total tunnel length is 322 km, with a depth of between 610 m and 700 m. A museum highlighting the tin mining industry was opened in 2003. The museum is housed in an old bungalow once used by the mine manager. The museum houses a collection of mining artifacts.