Esok saya berlima dari ERC Xtreme akan mula menjelajah ke Phuket, Thailand. Perjalanan akan bermula pada jam 6.30am dari Restoran Zaman, Jalan Gambang, Kuantan.
Kami akan terus ride sehingga sempadan melalui Bukit Kayu Hitam dan akan terus ke Hatyai, Thailand. Disana kami akan bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Patong Beach, Phuket. Kami akan berada disana untuk 2 hari. Menyertai Phuket Bike Week adalah satu acara antarabangsa dimana pelbagai jenis motorsikal dan penyertaan bikers dari seluruh pelusuk dunia.
Setelah 2 hari kami akan bergerak semula ke Hatyai & esoknya ke Malaysia semula.
Harapan kali ini semoga semuanya selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti.
Showing posts with label Phuketbike week. Show all posts
Showing posts with label Phuketbike week. Show all posts
Wednesday, April 7, 2010
Thursday, April 1, 2010
Phuket Bike Week 2010

Salam sejahtera semua sahabat dan juga rakan blog, sekali lagi pada thun ini, saya bersama rakan ERC X-treme akan ride ke Phuket, Patong Beach untuk kembara ke Phuketbike week event yang diadakan pada 9hb - 11hb April 2010.
Apa yang pasti pada tahun ini akan lebih mencabar sebab saya akan mengetuai kembara selama 6 hari di Thailand ini. Dengan berbekalkan Garmin 205W yang telah dimodifikasi supaya dapat dipasang di hadapan motor. Hujung minggu , penambahan pendawaian khas bagi memasang power inverter supaya senang bagi proses pengecas sebarang alat kelengkapan terutama GPS, kamera & handphone.
Saya akan bertolak pada 8hb April 2010 Khamis pagi jam 6.30 pagi di Kuantan dan terus ke pekan Danok, Thailand. Jumaat akan terus ride ke Phuket. Menyertai PhuketBike Week adalah satu kebanggaan, sebab event ni adalah event antarabangsa dari serata dunia akan berhimpun di sana.
Berikut adalah link ke Phuketbike Week 2010.
http://www.phuketbikeweek.com/home/
Labels:
Phuketbike week
Subscribe to:
Posts (Atom)