Showing posts with label Bukit Gambang Water Park. Show all posts
Showing posts with label Bukit Gambang Water Park. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Gempak Santai di Bukit Gambang Water Park


Jom kita lepak kat Bukit Gambang Water park, pelbagai acara diadakan di Perkarangan BGWP. Pada sebelah malamnya konsert oleh artis terkenal juga diadakan.

Julung-julung kali diadakan di Kuantan ni dan Masuk Percuma. Warga Kuantan jom kita santai di sana. At least ada jugak tarikan bagi percutian hujung minggu kali ni..

Monday, July 20, 2009

Bukit Gambang Water Park




Kuantan- Bukit Gambang Water Park adalah yang pertama dibina di Pantai Timur. Taman tema itu dibangunkan dengan konsep keseronokan percutian bermain air bagi menarik pengunjung terutama bagi yang sudah berkeluarga.

Pusat pelancongan yang dibina diatas tanah seluas 24 hektar, terletak 20 km dari pusat bandar Kuantan. Ianya merupakan satu kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dengan pihak Sentoria Themeparks & Resorts bagi memperkenalkan dan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Pahang.

Ia juga boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan ekonomi negeri malah dapat menbantu industri lain yang berkaitan.

Taman tema tersebut mula dibuka kepada orang ramai semalam dengan bayaran masuk RM19.90 bagi orang dewasa dan RM12.90 bagi kanak-kanak.