Tuesday, December 8, 2009

Penipuan melalui portal JobsMalaysia

Kementerian Sumber Manusia mengesan tindakan pihak tertentu yang menggunkan portal JobMalaysia.gov.my untuk melakukan penipuan dengan meletak syarat pembayaran bagi kekosongan jawatan di jabatan kerajaan dan sektor swasta.

Kebanyakkan kekosongan yang ditawarkan itu menggunakan nama agensi kerajaan bagi tujuan meyakainkan pencari kerja yang lebih berminat untuk bkerja di sektor awam.

Seramai 10 orang sudah tertipu kerana membayar Rm500 seorang bagi urusan permohonan mendapatkan pekerjaan yang diiklankan pihak terbabit.

Antara langkah yang diambil untuk menangani kes penipuan itu, termasuk mengambil tindakan mengeluarkan nama majikan terbabit daripada sistem portal itu.

Sunday, December 6, 2009

Stesen Bas bertukar lokasi



Kuantan- Selepas 30 tahun beroperasi, stesen perkhidmatan bas di Jalan Besar dipindahkan ke Jalan Stadium kerana pembangunan yang bakal dilaksanakan Kerajaan Negeri bermula awal tahun depan.

Berikutan itu MPK akan meningkatkan kemudahan dan keperluan penumpang yang menunggu bas di perhentian bas Jalan Stadium. Sebagai permulaan tapak bas baru akan ditambahbaik dari masa ke semasa mengikut keperluan dan memastikan tempat letak bas mencukupi.

Pengguna bas di Jalan Besar tidak perlu bimbang dengan perpindahan itu kerana bas terus melalui jalan berkenaan untuk mengambil penumpang.


Tapak stesen bas Jalan Besar akan dijadikan Kuantan Water Front.