Showing posts with label ERC Konvoimania. Show all posts
Showing posts with label ERC Konvoimania. Show all posts

Monday, March 9, 2009

Trip Ke Kenyir

Konvoimania ERC pada bulan Februari 2009 pada kali ini adalah menuju ke Stesyen JanaElektik Sultan Mahmud di daerah Kuala Berang pada 7hb & 8 hb Feb. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan ilmu dan menambahkan pengetahuan ahli2 ERC berkenaan janakuasa elektrik hidro ini dibuat. Kebiasaannya orang akan ke Kenyir untuk memancing atau beriadah tetapi bagi ERC lain dari lain beb...kita menjelajah ke dalam Bilik Kawalan dan kawasan turbin janakuasa di Kenyir nie...
Ride kali nie terbahagi kepada dua kumpulan:
Kumpulan 1 - ride hari Sabtu terus menuju ke Kuala Trengganu dan bermalam bersama group Terengganu Eleganeer Community (TEC) di Tmn Armon.
Kumpulan 2 - ride dari Kuantan pada pagi 8hb dari Taman Kerang, Kuantan terus ke Kenyir.
Sabtu 7hb Februari - Kumpulan 1 berkumpul di Stesyen Minyak Shell, Semambu pada pukul 2.30 pm. Jam 3.30pm tayar bergolek melalui Kuantan Bypass dan melalui jalan pantai terus menuju ke Bandar Dungun.
Hentian pertama di Stesyen Minyak Petronas Dungun dan henti rehat di Restoran Haikey.
Pekena keropok Dungun..
Selepas bandar Dungun, kami terus ke Chendering untuk melawat salah sorang group TEC yang kemalangan jalanraya..
Yang bestnye dapat dijamukan keropok lekor Chendering nie....sedap.

Pada sebelah malam , xtvt BBQ disediakan oleh TEC di penginapan kami di Taman Armon, Seberang Takir berdekatan Airport..

Bro Yassir ngan Bro BUD TEC...sama gagah aje tu...gagah makan.

Pehhh...sedap terlampau ke si Azhar tu sampai herot mulut baham ayam...

Selepas acara BBQ malam tu, ERC & TEC kuar lak pergi ke Batu Rakit untuk TT ngeteh walaupun dah lewat pukul 1130 mlm..Pukul 0130 am baru balik semua ke rumah rehat..

Trip Ke Kenyir 2



Pagi 8hb Februari 2009 Group bersiap-sedia untuk memulakan ride ke Bandar Kuala Berang dan berjumpa dengan group ke2 dari Kuantan di Persimpangan Gaung.


Thursday, February 26, 2009

Tuesday, February 24, 2009

Trip Ke Kenyir 4



Gambar bahagian 'TAILRACE WATER'


Ketinggian DAM ni 350m.




Disebalik tembok tu air tasik Kenyir.



Barisan Elegan di luar Power Station Building





Tuan Haji Zainal memberi sessi penerangan dalam hal-ehwal berkenaan Steysen Janakuasa,







Fuhh! Kusyuknye masing2 mendengar..








Diorang nie layan taklimat sambil melepaskan penat lelah keletihan ride sebelum sampai tadi.







Masing bagus trip ke Kenyir nie...dapat info yang betul2 menarik....

Selepas sessi taklimat ini... semua ERC member dijamukan dengan jamuan ringan dan dibawa ke Bilik Kawalan Stesyen Janakuasa dimana 4 tubine beroperasi dimana setiap satu generate 100MW. Turut diterangkan Pengagihan Voltan ke daerah bandar2 sekitar .

Dalam Bilik tu ada jugak yang cun2..









Group bergambar kenangan beramai-ramai.










Akhirnya sampai di pintu utama Steysen JanaElektrik Sultan Mahmud pada pukul 1245tghari.

Sunday, February 22, 2009

Trip Ke Kenyir 5

Goldwing 1800cc idamanku...keh...keh.. pun join ERC petang tu,
Dimana ada ERC Konvoimania, disitu ada lori Modenas...baik punya support..

Jam 4.45 pm stop kat Warung Bunga Selasih, Tapak Pasar Tani, Kuala Berang untuk pekena makan minum petang.







With Presiden ERC




Lepas makan ERC bikers terus ride ke Petronas Kuala Berang, bagi kawan2 isi minyak kuda..














En Zainal & wife from Kemaman also join ERC Konvoimania this time. His first time ride with ERC. Thanks Bro!








Siapsedia nak Gerak

Singgah sebentar lebih kuarng 15 minit di Simpang Ajil bagi kawan2 membeli apa2 yang patut...








ERC - Trip to Kenyir 6








After ride about 1 hour from Simpang Ajil, we arrive at Al Muktafi Billah Shah Petronas Station ..around 7.05 pm. Masing2 kat sini kasi kuda minum tapi kuda aku tak mau minum sebab dah kasi minum kat Bandar Kuala Brang...


Memandangkan waktu pun dah senja , kami pun zasssss terus ke Masjid untuk solat Maghrib...

Selepas semuanya dah siap berjemaah, keluar masjid cuaca dah gelap..malam.. so lebih kuarng jam 8.00 malam kami diarahkan oleh Marshall supaya lebih berhati2 dan sentiasa menjaga keselamatan masing2. Jalan yang dilalui Highway Jerangau terus ke Kuantan.. Konvoi seramai 30 buah pada waktu malam memang mencabar..lebih2 lagi dengan kelajuan antara 90 -100km/h. Disebabkan konvoi panjang ada kenderaan cuba memotong dgn cara berbahaya, jadi mata kena cekap memandang.

Lebih kurang pukul 9.00 malam ..sampai simpang Kuantan Bypass dan aku terus meninggalkan konvoi terus ke Jalan Beserah dan sampai ke rumah jam 9.20 malam. Walaupun penat tapi puas..Thanks ERC.