Friday, February 4, 2011

Kuantan Bersih 2011

Kuantan, Usaha menjadikan Kuantan Bersih 2011 menjadi sasaran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan bandar ini sekaligus mewujudkan keselesaan kepada warganya serta pelancong asing.

Yang Dipertua MPK Dauk Zulkifli Yaacob berkata, pihaknya akan meningkatkan kualiti kebersihan, keindahan dan kesejahteraan di seluruh kawasan pentadbiran serta meminta semua pihak memberi sokongan padu terhadap kempen itu.

Fokus utama ialah memastikan tahap kebersihan premis makanan dengan memberi bintang kepada semua premis di daerah ini selain menitikberatkan usaha mengekalkan soal kebersihan persekitaran masing-masing.

Wednesday, December 8, 2010

Gocell di Buletin Utama TV3


Official Signing Ceremony between Go Cell International Sdn Bhd and Mibelle Biochemistry of Switzerland Unveil the secret to rejuvenated, healthier and younger you.


MLM terbaru di Malaysia

Event semasa di Kota Bahru

Bersama Dr Fred Zulli, pengasas Apple Swiss Stem Sel

Semasa Event Di Hotel Vistana Kuantan








Hampir 4 bulan saya menyertai syarikat Gocell International SB, alhamdulillah bukan saja dapat ramai rakan kongsi yang senantiasa bertambah dari hari ke hari tapi income pun semakin menarik,dari 3 angka dah bertambah kepada 4 angka. Modal hanya bermula RM398.00 dan cuma sponsor 6 rakan sahaja seumur hidup..

Kini dalam masa 4 bulan sahaja downline saya berada diserata tanahair termasuk Sarawak..Produk pertama di ASIA yang di ilhamkan sendiri oleh CEO Gocell En Hazimi telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Baru2 ini pada 6hb Nov 2010. Gocell International telah menandatangani perjanjain hak esklusif bersama syarikat dari Switzerland , Mibelle Biochemistry untuk memasarkan produk Apple Swiss Stem Sel dalam bentuk minuman keseluruh pasaran Asia dan dunia.

Produk dikenali sebagai GOGEOUS dgn Phytocelltec Immunomax sangat berkesan.

Go Cell International, sebuah syarikat Bumiputra bertaraf antarabangsa yang merumus dan mengeluarkan produk-produk kesihatan berasaskan sel induk tumbuhan. Ia merupakan syarikat pertama di dunia yang diberi hak eksklusif oleh Mibelle Biochemistry untuk menggunakan teknologi ini dan ramuan aktifnya dalam bentuk makanan tambahan kesihatan.

Dengan usahasama ini, Go Ce

ll International kini dapat menggunakan formula termaju PhytoCellTec™ ImmunoMax ini yang diperkaya dengan sel induk epal PhytoCellTec™ Malus Domestica, sel induk anggur PhytoCellTec™ Solar Vitis dan Glucan Granulate bagi memastikan kesihatan sel-sel induk, justeru melambatkan penuaan serta penuaan kronologi, sambil melindunginya daripada persekitaran negatif serta meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Formula PhytoCellTec™ ImmunoMax daripada Mibelle Biochemistry yang maju ini merupakan ramuan anti penuaan yang telah merangkul anugerah dan berasaskan sel induk daripada epal Swiss istimewa yang semakin mahsyur di seluruh dunia.

Mibelle Biochemistry of Switzerland adalah sebuah syarikat yang merekacipta dan membangunkan bahan-bahan aktif yang inovatif dan berkualiti tinggi bagi

industri kosmetik di seluruh dunia.

Selain daripada penyegaran semula, GO GEOUS juga merupakan penawar mujarab mempertingkatkan sistem ketahanan, membantu mencegah penghidapan semula selesema, demam selesema, jangkitan saluran pernafasan, meningkatkan tenaga dan kecergasan. Ia boleh digunakan sebagai rawatan alternatif untuk membantu mereka yang menghidapi kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, ekzima, hemorrhoids, osteoarthritis, osteoporosis dan lain-lain.

Ingin tahu lebih detail lawat blog GoGEOUS saya http://gocell2u.blogspot.com


Semasa bersama rakan baru di Kuching, Sarawak

Thursday, October 28, 2010

Elak ditipu melalui derma

Kuantan:

Orang ramai disekitar Kuantan dan negeri Pahang dinasihatkan supaya tidak mudah untuk menhulurkan derma kepada individu atau pihak tertentu yang mendakwa mewakili pertubuhan kebajikan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama danAdat resam Pahang (MAIP) Datuk Seri Wan Abdul Majid Wan Hassan memberitahu, orang ramai perlu memastikan pertubuhan terbabit perlu mendapat kebenaran pihaknya yang memberi kuasa kelulusan memungut derma di negeri ini dan beliau juga bimbang wang hasil derma orang ramai itu tidak sampai kepada mereka yang memerlukan walaupun pihak terbabit mendakwa mendapat kebenaran daripada pihak lain.

Di Pahang, setiap individu atau pihak ingin mengutip derma perlu mendapatkan kebenaran Muip sebelum menjalankan kutipan. SETAKAT INI MAIP TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG SURAT PENGESAHAN kepada individu atau pertubuhan yang ingin mengutip derma.

Di Kuantan semakin ramai individu menjalankan kegiatan mengutip derma dikatakan untuk membantu golongan memerlukan termasuk membina maahad tahfiz, masjid,surau dan bantuan kepada anak yatim yang tertumpu di lokasi seperti perkarangan masjid, stesen minyak, bank, restoran serta kompleks beli-belah.

Tuesday, October 12, 2010

MotoGp 2010 - The Best

Hari Sabtu 9hb Oktober 2010, baru-baru nie betul2 menjadi kenangan indah dalam diri ini sebab first time SOLO RIDE dengan skuter Elegan aku ke KL. Aku mula gerak dari rumah dan mula masuk ke LPT pada jam 11.00 am melalui Tol Sg Lembing. Cuaca panas pagi itu membuat aku Full Throttle 130kmj aje...hee...hee. Sampai R&R Temerloh jam 1210pm. Terus ke Shell, isi minyak..pastu rileks 20 minit.

Jalan balik terus menuju ke Tol Gombak...layan korner sorang2 kat Karak highways...Sampai Tol Gombak contact member ERC Xtreme yang terlebih dahulu sampai ke KL pagi itu.

Berbekalkan Garmin 205W aku teruskan perjalanan ke Hotel Dynasty utk berjumpa kekawan.
Malam tu join BIKERS NIGHT anjuran SEC dan overnight di Kosas, Ampang.

Ahad 10/10/10 Pagi2 lagi pukul 720am bersama 14 anggota ERC mula gerak ke RHB, Jln Tun Razak untuk RV dengan geng Sentral Eleganeers Club ( SEC). Dari situ kami terus ke R&R Dengkil utk sarapan dan ambik tiket Freeeee dari Modenas. Dari Dengkil kami konvoi seramai lebih 200 buah pelbagai model keluaran Modenas ke Litar Sepang.

Kami sampai ke Litar Sepang jam 1030am dan masuk melalui Gate F . Grandstand Gate F sebelum ini memang ditutup tetapi kali ini dibuka kerana sambutan amat luarbiasa dari peminat MotoGP. Dianggarkan seramai 105 ribu peminat telah hadir bagi 3 hari di Sepang tahun 2010 ini. Memang aku puashati sebab view yang amat menarik dan hampir 70% litar dapat dilihat.

Kebiasaaan pun pada 2 tahun lepas , belum sempat abis MotoGP aku dah chow sebab takut lambat sampai ke Kuantan...letih ride pada malam hari. Jadi kami stay semalam lagi di Kosas..esoknya baru balik ke Kuantan ......memang best kali ini...

Tahun depan belum tau lagi..... nanti aku upload foto2...

Sunday, September 19, 2010

Rumah Terbuka sempena Hari Raya

Setelah masing-masing kembali dari kampung halaman ke rumah sendiri, jadinya selepas ini raya Aidil fitri akan lebih meriah kerana masing2 ada OPEN HOUSE samada mendapat jemputan sahabat handai, jiran tetangga dan juga rakan ofis, rakan2 kelab dan pelbagai lagi jemputan Open House . Bagi rakan2 yang mendapat Baby baru, Open House dibuat serentak dengan kenduri Aqiqah. Ada juga yang mengambil kesempatan Open House banyak nie...membesarkan perut semula...tapi awas control sikit tahap kesihatan kita.

Minggu ini, saya akan bergerak menuju KL awal2 pagi Isnin melalui Lebuhraya Pantai Timur dan keesokkannya Selasa menuju ke Pulau Pinang. Tugasan baru dalam hidup, menerangkan hal ehwal berkaitan dunia IT kepada grup GoCell di Penang.

Friday, September 17, 2010

Back to line again

I'm so sorry for ignore this blog for a few months. Some reason that only me yang tau..hee. Tapi kalau tinggal terus memang rugi,

Apa yang berlaku dalam 5 bulan lepas..

1. aku dah join kelab fotografi di Kuantan dipanggil Magic Finger. Every month all members need to submit 2 best photo. Tema foto akan diberikan oleh setiap pemenang bulanan. Setakat ini belum pernah menang lagi tapi first foto dulu dapat no. 2 itupun pakai Compact Camera aje, sekarang pakai DSLR. Aku guna Canon 500D, kira power dah tu tapi biasalah budak baru belajar.
Ramai gak otai2 dalam Kelab nie macam En Zaini, Rozi Kassim. nanti aku linkkan dgn Flickr diaorang.

2. Dalam 5 bulan ni jugak, macam2 Ride/ Konvoi aku ikut- bersama ERC Xtreme nama kelab yang semakin dikenali ramai. Program Tourism Ride 2010 bermula ke Bukit Tinggi tanpa mana2 sponsor. Alhamdulillah boleh tengok dalam majalah WTR keluaran terbaru. Next Event Tourism Ride kami ke Bukit Fraser bersama 29 bikers. kali ini mendapat tajaan dari Majalah WTR, Modenas, Penzoil. Tourism Ride ERC Xtreme kini semakin mendapat tajaan meluas antaranya Hotel Seri Malaysia & Tourism Malaysia . Semua aktiviti riding ini mendapat ruang didalam majalah WTR (World Tour Rider). Artikel & Foto adalah hasil sumbangan dari saya sendiri. Wartawan sambilan.

3. Sibuk sedikit dengan pembelajaran untuk upgrade lesen Chargeman A0 saya ke Chergeman A4. InsyaAllah awal tahun depan ambik periksa. Ini pun sebab dah ramai korum, kalau ikutkan dah hampir 9 tahun nak upgrade lesen nie..

4. Dalam masa sama jugak sedang memahirkan diri dalam Vibration Rotating Equipment, satu kerja yang jarang2 orang boleh fokus kalau tak kenal Vibration term, spectrum and how to analyse all those frequency peak..start April 2010 aku dah dilantik menjadi Vibration Program Owner ataupun Vibration Analyst. tapi tahap Level One masih belum cukup, jadi tahun hadapan pun dah plan untuk upgrade VA Level II. Yang bestnya kalau aku Master dalam bidang nie...dah tentu jadi Specialist..hee.ee yang penting boleh manage dan boleh deliver result yang management suka..

5. Haaa.....projek terbaru dalam menambahkan pendapatan bulanan...memang pendapatan aku boleh dikira lumayan doh..tiap2 bulan. Tapi aku nak kongsi dgn korang semua...aku cukup2 happy buat projek nie..sihat, muda, rejunavasi dan AWET MUDA..Lelaki perempuan semua boleh guna...bukan susah pun Minum aje...produk berasaskan Apple Swiss Stem Cells 7 pelbagai Beri. Yang best tu aku join 3 minggu aje , Alhamdulillah dah boleh RM3K. Bukan skim cepat kaya haaa....anda usaha anda berjaya.

Boleh check myblog: http://gocell2u.blogspot.com


6. Baru aje mendapat tugasan sebagai MARSHALL bagi Konvoi 1 Malaysia di Kuala Trengganu sempena hari 1Malaysia. Alhamdulillah berjaya berkhidmat bersama pihak PDRM dan ERC Terengganu. Mendapat pengiktirafan dari YB KT & YB Manir.

7. Satu lagi lupa, First time join Konvoi bersama motor Berkuasa Tinggi ke Songkhla, Thailand pada Julai 2010. Bersama2 Sdr Saiful naik Versys 650 mengikuti event yang dianjurkan oleh Kawasaki Malaysia - Kawasaki Songkhla Ride 2010. Hampir 78 bikes dan 102 ahli turut serta. Maznah Zolkifli sebagai duta. Aku lak sebagai Media untuk Majalah WTR. Memang hebat Bikers motor2 besar nie..Wa respect kat all bikers Malaysia tak kira besar, kecik, Two Wheel Are Brothers. Next event kalau sempat join Johor Bikers round 1 Malaysia.
Boleh tgk kat www.johorbikers.com

Okay kekawan InsyAllah saya Share nanti dalam blog ini ,,dan lupa jengok FB saya Brader Man.
Jumpa Lagi.....adioss.

Wednesday, April 7, 2010

Phuketbikeweek 2010

Esok saya berlima dari ERC Xtreme akan mula menjelajah ke Phuket, Thailand. Perjalanan akan bermula pada jam 6.30am dari Restoran Zaman, Jalan Gambang, Kuantan.

Kami akan terus ride sehingga sempadan melalui Bukit Kayu Hitam dan akan terus ke Hatyai, Thailand. Disana kami akan bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Patong Beach, Phuket. Kami akan berada disana untuk 2 hari. Menyertai Phuket Bike Week adalah satu acara antarabangsa dimana pelbagai jenis motorsikal dan penyertaan bikers dari seluruh pelusuk dunia.

Setelah 2 hari kami akan bergerak semula ke Hatyai & esoknya ke Malaysia semula.

Harapan kali ini semoga semuanya selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti.

Thursday, April 1, 2010

Din Beramboi meninggal dunia

foto aku bersama Abg Din Beramboi & Nabil

Pagi Jumaat ni semasa menghantar anak ke sekolah , tiba-tiba dapat berita dari siaran radio pelawak terkenal Din Beramboi telah meninggal dunia setelah kritikal beberapa hari di ICU Hospital Selayang akibat daripada Demam Denggi Berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

Mari kita bersedekah Al – Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa semoga roh Allayarham ditempatkan disisi orang – orang yang beriman.

Phuket Bike Week 2010


Salam sejahtera semua sahabat dan juga rakan blog, sekali lagi pada thun ini, saya bersama rakan ERC X-treme akan ride ke Phuket, Patong Beach untuk kembara ke Phuketbike week event yang diadakan pada 9hb - 11hb April 2010.

Apa yang pasti pada tahun ini akan lebih mencabar sebab saya akan mengetuai kembara selama 6 hari di Thailand ini. Dengan berbekalkan Garmin 205W yang telah dimodifikasi supaya dapat dipasang di hadapan motor. Hujung minggu , penambahan pendawaian khas bagi memasang power inverter supaya senang bagi proses pengecas sebarang alat kelengkapan terutama GPS, kamera & handphone.

Saya akan bertolak pada 8hb April 2010 Khamis pagi jam 6.30 pagi di Kuantan dan terus ke pekan Danok, Thailand. Jumaat akan terus ride ke Phuket. Menyertai PhuketBike Week adalah satu kebanggaan, sebab event ni adalah event antarabangsa dari serata dunia akan berhimpun di sana.

Berikut adalah link ke Phuketbike Week 2010.
http://www.phuketbikeweek.com/home/