Sinar Harian wrote
Kuantan- Seramai 75 peniaga di Medan Pelancong dekat sini diminta mengosongkan premis perniagaan mereka selewat-lewatnya Ogos depan berikutan keputusan MPK akan meneruskan Projek Pusat Komersial dan Kebudayaan bernilai RM200 juta.
Bagaimanapun pengurusan MPK bersama Pasdec Holdings Berhad bersetuju menyediakan tapak dan kemudahan premis kepada peniaga berkenaan bagi memudahkan peniaga meneruskan aktiviti perniagaan mereka.
Yang Dipertua MPK, Datuk Azizan Ahmad berkata, pihaknya sudah mencapai persetujuan dgn peniaga terbabit hasil drpd dialog dan perbincangan yang diadakan pada 15 MEI lalu. Antara tapak yang dikenal pasti adalah di Indera Mahkota, Jln Merdeka, berhampiran Pusat Penerangan Pelancong dan Shahzan Inn bagi memastikan perniagaan mereka tidak terjejas.
"Kita juga berpuas hati dgn penjelasan projek itu yang mampu menjadi daya tarikan terbaru di Kuantan selepas ini," katanya.
Projek itu turut menempatkan hotel bertaraf 4 bintang termasuk 200 bilik, dewan besar serta medan selera dibina di pinggir Sungai Kuantan dan dijangka bermula akhir 2009 dan siap tiga tahun kemudian bertujuan menggantikan kawasan premis perniagaan sedia ada.
.