Thursday, June 12, 2008

Road Close for Citrawarna & Citrarasa


Sinar Harian wrote:

Kuantan - Pelbagai acara menarik disusun bagi memeriahkan sambutan Citrawarna & Citrarasa Malaysia selama 3 hari bermula Jumaat ini di Padang Kemunting dekat sini.

Antara program yang disusun termasuk perarakan warna-warni serta persembahan tarian dan pertunjukan kebudayaan pelbagai kaum. Pertandingan masakan, gubahan bunga, pertandingan mewarna dan foto juga diadakan selain pameran masakan tradisional.

Penutupan jalan bermula dari Persimpangan lampu isyarat Jalan Tanah Putih sehingga persimpangan lampu isyarat Jalan Wong Ah Jang disini akan dilakukan bermula jam 8 malam hingga 12 tgh malam 13 hingga 14 Jun ini.

Kenderaan dari arah Gambang ke pusat bandar akan dilencong masuk ke Jalan Wong Ah Jang manakala kenderaan dari arah Jalan Besar akan dilencong masuk melalui Jalan Penjara pada waktu dan tarikh yang dinyatakan.

No comments: