Kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini meningkat sebanyak RM2.50 selepas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menetapkan kadar baru iaitu sebanyak RM7.30 seorang.
Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kadar yang ditetapkan tersebut bergantung kepada harga pasaran beras semasa dan kadar RM4.80 sudah tidak relevan.
Sekiranya harga beras dipasaran menurun, kadar bayaran zakat fitrah juga akan diturunkan. Sebagai umat Islam, seharusnya tidak ada rungutan mengenai kenaikan mendadak itu kerana ia bergantung kepada keadaan semasa selain menjadi kewajipan umat Islam.
Sertailah Kuiz Zakat Sempena Kempen Zakat Perdana MUIP 2008 di http://www.zakatpahang.com.my/
No comments:
Post a Comment