Sunday, February 1, 2009

Pusat Sumber maklumat dilancar








Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan Pusat Sumber Maklumat MyICMS 886 di Pejabat Wilayah Timur, Jalan Teluk Sisek.

Pusat sumber pertama di Pantai Timur itu membolehkan orang ramai mencuba pelbagai perkhidmatan Broadband dan kini bersedia menjalani fungsi berkaitan. Pusta tersebut turut dilengkapi semua aplikasi teknologi Broadband seperti rangkaian 3G, WIFI dan ADSL bagi membantu masyarakat meningkatkan tahap pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat (ICT) mereka.

Penubuhan pusat ini juga bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai aplikasi jalur lebar masa kini. Sejajar dengan hasrat untuk membina masyarakat digital, SKMM menjemput kumpulan sasaran untuk melawat dan mencuba sendiri perkhidmatan yang disediakan secara percuma.

Pusat ini dibuka untuk umum pada setiap hari kecuali hari kelepasan am dan cuti umum.

Mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai perkhidmatan jalur lebar yang disediakan boleh menghubungi SKMM Wilayah Timur di talian 09-5121100.

Anda dialu-alukan mencuba perkhidmatan yang disediakn sesuai saranan kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan teknologi dalam masyarakat moden kini.

No comments: