
Kuantan- Selepas 30 tahun beroperasi, stesen perkhidmatan bas di Jalan Besar dipindahkan ke Jalan Stadium kerana pembangunan yang bakal dilaksanakan Kerajaan Negeri bermula awal tahun depan.
Berikutan itu MPK akan meningkatkan kemudahan dan keperluan penumpang yang menunggu bas di perhentian bas Jalan Stadium. Sebagai permulaan tapak bas baru akan ditambahbaik dari masa ke semasa mengikut keperluan dan memastikan tempat letak bas mencukupi.
Pengguna bas di Jalan Besar tidak perlu bimbang dengan perpindahan itu kerana bas terus melalui jalan berkenaan untuk mengambil penumpang.

1 comment:
salam ukhwah...erm saya umiliya berminat dalam projek elit.,..ni nak cari sumber...dr it ni..ye..boleh saya copy info..ni untuk...maklumat tq
Post a Comment