Thursday, October 28, 2010

Elak ditipu melalui derma

Kuantan:

Orang ramai disekitar Kuantan dan negeri Pahang dinasihatkan supaya tidak mudah untuk menhulurkan derma kepada individu atau pihak tertentu yang mendakwa mewakili pertubuhan kebajikan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama danAdat resam Pahang (MAIP) Datuk Seri Wan Abdul Majid Wan Hassan memberitahu, orang ramai perlu memastikan pertubuhan terbabit perlu mendapat kebenaran pihaknya yang memberi kuasa kelulusan memungut derma di negeri ini dan beliau juga bimbang wang hasil derma orang ramai itu tidak sampai kepada mereka yang memerlukan walaupun pihak terbabit mendakwa mendapat kebenaran daripada pihak lain.

Di Pahang, setiap individu atau pihak ingin mengutip derma perlu mendapatkan kebenaran Muip sebelum menjalankan kutipan. SETAKAT INI MAIP TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG SURAT PENGESAHAN kepada individu atau pertubuhan yang ingin mengutip derma.

Di Kuantan semakin ramai individu menjalankan kegiatan mengutip derma dikatakan untuk membantu golongan memerlukan termasuk membina maahad tahfiz, masjid,surau dan bantuan kepada anak yatim yang tertumpu di lokasi seperti perkarangan masjid, stesen minyak, bank, restoran serta kompleks beli-belah.

1 comment:

myslot said...

เล่นเลยหนังออนไลน์ ดูที่นี่ฟรีไม่เสียเงิน rom Bangkok to Mandalay ถึงคน…ไม่คิดถึง (2016) ไม่เบื่อแน่นอน

https://www.doonung1234.com/