Tuesday, October 12, 2010

MotoGp 2010 - The Best

Hari Sabtu 9hb Oktober 2010, baru-baru nie betul2 menjadi kenangan indah dalam diri ini sebab first time SOLO RIDE dengan skuter Elegan aku ke KL. Aku mula gerak dari rumah dan mula masuk ke LPT pada jam 11.00 am melalui Tol Sg Lembing. Cuaca panas pagi itu membuat aku Full Throttle 130kmj aje...hee...hee. Sampai R&R Temerloh jam 1210pm. Terus ke Shell, isi minyak..pastu rileks 20 minit.

Jalan balik terus menuju ke Tol Gombak...layan korner sorang2 kat Karak highways...Sampai Tol Gombak contact member ERC Xtreme yang terlebih dahulu sampai ke KL pagi itu.

Berbekalkan Garmin 205W aku teruskan perjalanan ke Hotel Dynasty utk berjumpa kekawan.
Malam tu join BIKERS NIGHT anjuran SEC dan overnight di Kosas, Ampang.

Ahad 10/10/10 Pagi2 lagi pukul 720am bersama 14 anggota ERC mula gerak ke RHB, Jln Tun Razak untuk RV dengan geng Sentral Eleganeers Club ( SEC). Dari situ kami terus ke R&R Dengkil utk sarapan dan ambik tiket Freeeee dari Modenas. Dari Dengkil kami konvoi seramai lebih 200 buah pelbagai model keluaran Modenas ke Litar Sepang.

Kami sampai ke Litar Sepang jam 1030am dan masuk melalui Gate F . Grandstand Gate F sebelum ini memang ditutup tetapi kali ini dibuka kerana sambutan amat luarbiasa dari peminat MotoGP. Dianggarkan seramai 105 ribu peminat telah hadir bagi 3 hari di Sepang tahun 2010 ini. Memang aku puashati sebab view yang amat menarik dan hampir 70% litar dapat dilihat.

Kebiasaaan pun pada 2 tahun lepas , belum sempat abis MotoGP aku dah chow sebab takut lambat sampai ke Kuantan...letih ride pada malam hari. Jadi kami stay semalam lagi di Kosas..esoknya baru balik ke Kuantan ......memang best kali ini...

Tahun depan belum tau lagi..... nanti aku upload foto2...

1 comment:

Anonymous said...

macam na dengan pelumba m'sia ok tak