Wednesday, July 9, 2008

CCTV dibandar Kuantan

Sejak 2 bulan lalu, beberapa lokasi strategik disekitar pusat bandar ini sudah dilengkapi lapan kamera litar tertutup (CCTV) yang dikendalikan menerusi dua bilik kawalan iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan MPK.


Sistem kamera CCTV berteknologi tinggi yang mampu beroperasi 24 jam tanpa henti dan berpusing 360 darjah itu dibiayai sepenuhnya oleh MPK dengan kos RM980,000. Ianya bertujuan untuk mencapai matlamat menjadikan Kuantan sebagai bandar yang selamat kepada penduduk dan pengunjung.


Lapan lokasi dipilih untuk fasa pertama projek ini iaitu:

1. dipersimpangan Jalan Mat Kilau/Jalan Penjara,

2. persimpangan JalanTeluk Sisek/Jalan Beserah,

3. Jalan Tun Ismail (Megamall),

4. Jalan Tun Ismail (Maybank),

5. persimpangan Jalan Bukit Ubi/Jalan Tun Ismail,

6. persimpangan Jalan Stadium/Jalan Pasar,

7.persimpangan Jalan Mahkota/Jalan Bank,

8. Benteng (berhampiran Sungai Kuantan)


Buat permulaan ini, lapan kamera CCTV dibekalkan dan dimaklumkan sebanyak 16 lagi akan dipasang disekitar bandar Kuantan melalui peruntukkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.







.

No comments: