Friday, July 25, 2008

Not enough parking lot?

Kuantan - Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP) mencadangkan supaya MPK mengambil langkah penyusunan bandar ekoran tempat meletak kenderaan tidak mencukupi berbanding penambahan kenderaan setiap hari. Langkah tersebut bertepatan dgn keputusan MPK yang akan mengisytiharkan bandar ini kepada status bandar raya pertama di negeri ini tidak lama lagi.

Persoalannya kini adalah tindakan penguatkuasa MPK yang sentiasa mengeluarkan saman kompaun sedangkan tempat letak kereta tidak mencukupi terutama pada waktu puncak. Keadaan sebegini tidak seharusnya berlaku dan banyak rungutan yang diutarakan megenaai masalah ini namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil.

Bayaran denda lewat juga dikenakan mengikut tempoh tertentu sehingga RM100 dan ini memberikan gambaran tidak baik kpd pelancong asing yg menggunakan kenderaan sendiri berikutan masalah kekurangan tempat letak kereta. Segala permasalahan yang timbul berpunca daripada tindakan MPK yang kurang mengambil kira faktor keselesaan penduduk bandar ini dan sesetengah perkara dilihat membebankan.
Yang Dipertua DPMP, Syed Ali Mohsin berharap agar MPK mengambil inisiatif mengatasi masalah tempat letak kereta dan bersyukur mengenai status bandaraya nanti kerana akan memberi pulangan kepada peningkatan sektor ekonomi.





petikan Sinar Harian

No comments: