

Kuantan - Sekali lagi arena permotoran tempatan kembali bergegar dengan aksi pelumba dalam Malaysian United Scooter Community (MUSC) Drag Challange selama 2 hari bermula 11 Oktober ini.
Perlumbaan akan diadakan di hadapan Kompleks Kerajaan di Indera Mahkota membabitkan Sprintest (uji pecut) dengan 3 kategori dipertandingkan iaitu empat lejang cub, skuter dan 2 lejang bawah 150cc. Kejohanan ini sambungan MUSC Drag Challange Championship 2008 yang diadakan mengelilingi seluruh Malaysia dan acara di Kuantan adalah pusingan ke-11.
Sementara itu, hari kedua bakal menyaksikan acara kereta dengan empat kategori dipertandingkan iaitu K-car terbuka, N.A dibawah 1800cc dan Turbo 2WD bawah 1800cc.
Selain acara Sprintest pelbagai gerai jualan dan pameran turut diadakan dalam kejohanan itu.
No comments:
Post a Comment