Tuesday, October 21, 2008

Ops Sikap XVIII - Zero accident

Kuantan - Cawangan Trafik Pahang berusaha menurunkan jumlah kemalangan terutama membabitkan kematian di negeri ini dlm Ops Sikap XVIII bermula 24hb hingga 29 Oktober ini diseluruh negara sempena Perayaan Depavali .

Polis mensasarkan mengurangkan jumlah kemalangan daripada 881 kes dlm Ops Sikap XVII kepada satu jumlah yang lebih kecil atau kemalangan sifar.

Dalam Ops Sikap yang lalu, Pahang berada dalam kedudukan ketujuh seluruh negara selepas jumlah kemalangan dalam tempoh 24 September sehingga 8 Oktober lalu menunjukkan peningkatan 88 kes atau 11.5% . Jumlah kemalangan maut berjaya diturunkan apabila mencatatkan sembilan kes membabitkan kematian 12 pengguna jalanraya dan penurunan sebanyak 52.6% atau 10 kes dibandingkan kemalangan maut terdahulu.

Dalam Ops Sikap XVIII kelak, Polis berharap jumlah kemalangan dapat dikurangkan semaksimum mungkin dalam usaha mencapai hasrat yang mensasarkan kemalangan sifar. Pihak polis akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman tidak akan membantu sekiranya penunggang & pemandu kenderaan masih berdegil dan enggan mematuhi peraturan lalu-lintas.

No comments: