Wednesday, November 5, 2008

Awas, Berhati-Hati Dengan Taktik Penipuan Harga Oleh Pengusaha Pam Minyak !!

KUANTAN: Orang ramai disekitar bandar ini dinasihatkan berhati-hati ketika mengisi minyak di mana-mana stesyen minyak di bandar ini. Ia berikutan pihak kami menerima aduan daripada orang ramai yang begitu kecewa dengan taktik "baru" yang digunakan oleh pemilik stesyen minyak untuk mengaut keuntungan mudah. Kaedah yang digunakan ialah mereka mengubahsuai "nozel" supaya banyak gas dan angin yang masuk ke dalam tangki sebelum minyak diisi. Ini disedari oleh beberapa orang pengguna yang mengisi minyak dibandar ini. Mereka mendapati harga minyak berdasarkan liter berbeza-beza antara stesyen minyak, biarpun kerajaan telah menetapkan harga baru bahan mentah itu. Kami difahamkan langkah ini dilakukan, bagi mengelakkan kerugian akibat penurunan harga minyak yang begitu mendadak mutakhir ini.

Perkara ini telah didedahkan oleh Puan Nancy Khong, Bekas Calon PKR DUN Semambu dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa terdapat banyak penipuan dilaporkan melibatkan stesyen minyak. "Pemilik dipercayai tertekan akibat kenaikan harga minyak, maka mereka cuba untuk mencuri wang pengguna. Apa yang dilakukan ialah mereka mengubah "modifite" nozel minyak. Akibatnya, bila kita mengisi minyak senantiasa berubah-ubah antara stesyen. Harga minyak terbaru RM2.15 seliter hanya terdapat pada meter sahaja. Sebaliknya perkara ini telah diubah oleh mereka. Maknanya jika kita mengisi minyak dalam RM20 sepatutnya minyak ialah 9.302 liter. begitu juga sebaliknya" katanya.

Menurut beliau lagi "Pengguna tidak perasan perkara ini sebab mereka membayar minyak terlebih dahulu di kaunter. Inilah padahnya perkhidmatan self-service yang diamalkan di stesyen minyak. Penipuan boleh berlaku bila-bila kerena pengguna tidak menyedarinya. Bayangkan berapa banyak lebihan untung yang diperolehi oleh pengusaha stesyen minyak setiap hari dengan taktik ini. Justeru itu kami mahu pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Sampai bila kita harus ditipu". Beliau juga menegaskan bahawa pengguna boleh mengenalpasti penipuan ini dengan membawa botol mineral water 1.o liter ketika mahu mengisi minyak. Mereka boleh isikan dulu minyak dalam botol terbabit dan cuba lihat jumlah RM2.15 apakah ia bersamaan dengan 1.0 liter. Jika sama baru teruskan isian berikutnya, tetapi Jika sebaliknya maka boleh mengadu kepada pihak pberkenaan. Maknanya jika ia tidak cukup, terbukti mereka telah menipu pengguna. Akhirnya pengguna yang terpedaya dengan taktik kotor pengusaha pam minyak.

petikan dari pahangdaily..

Perkara ini juga sebenarnya berlaku di seluruh negara. Justeru itu kepada orang ramai berhati-hatilah ketika membeli minyak. Pastikan anda membawa botol air mineral 1.0 liter sebagai bukti. Jika tidak setiap hari anda akan terus ditipu oleh pengusaha yang rakus ingin mengaut keuntungan yang berlipat ganda setelah harga minyak diturunkan. Sebarkan info ini kepada semua rakan-rakan di seluruh negara, beri kesedaran kepada mereka agar melakukan perkara yang sama. Respond kepada perkara ini sila email pahangdaily@yahoo.com untuk kami war-warkan disini mana-mana stesyen minyak di seluruh negara yang melakukan perbuatan ini. Sama-sama kita boikot dan hanya pergi ke pengusaha stesyen yang jujur sahaja.

No comments: