Kuantan - Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Pahang menjangkakan tiada banjir besar atau luarbiasa berlaku di negeri ini berdasarkan kepada jangkaan jumlah taburan hujan yang diterima.
Ketika ini ia masih di peringkat awal Monsun Timur Laut dan Pahang diramalkan mula menerima episod hujan lebat paling awal penghujung minggu pertama Disember 2008 depan dan dijangka berlarutan antara tiga dan lima hari, Keadaan hujan itu dilihat masih normal dan tidak membawa kepada keadaan banjir yang luar biasa seperti tahun lalu.
Sekiranya hujan lebat mula berlaku, JMM akan mengeluarkan amaran seterusnya JPS membuat pemantauan aras sungai sebelum membuat hebahan kepada media.
link http://www.kjc.gov.my/
No comments:
Post a Comment