Thursday, January 21, 2010

22 dapur Hotel di Pahang diiktiraf Halal



Kuantan - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan sebanyak 22 dapur hotel yang diiktiraf Halal di negeri ini dan menerima Sijil Pengesahan Tanda Halal.

Daripada jumlah berkenaan, 11 hotel di daerah Kuantan, 4 di daerah Rompin, 3 di daerah Bentong dan masing2 satu di Temerloh, Raub dan Cameron Highlands.

Hasil pemeriksaan pengurusan Hotel terbabit menggunakan semua bahan dan ramuan dalam menu adalah halal dan tidak meragukan. Bagaimanapun, pemilik hotel akan dikenakan amaran bila berlaku pelanggaran syarat atau garis panduan yang ditetapkan bagi mengelak sebarang penipuan atau perubahan dalam sajian menu hotel berkenaan.

Jawatankuasa kajian makanan & Barang Gunaan Orang Islam negeri akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam terjaga.

Masyarakat Islam perlu memahami bukan semua dapur di hotel mendapat pengiktiran sijil halal sebaliknya hanya dapur dan restoran yang berhubung terus dgn dapur itu sahaja yang diberi sijil halal.

Bagi hotel besar dan mempunyai beberapa dapur & resatoran berkemungkinan tidak boleh mendapat sijil halal sepenuhnya tetapi itu tidak menjadi kesalahan dlm konteks persijilan halal.

Oleh itu masyarakat Islam perlu bijak memilih dan prihatin dgn restoran yang diperakui halal samada utk penginapan, mengadakan majlis jamuan, berkursus, bermesyuarat dan sebagainya.

Ketika ini terdapat 6 buah hotel yg masih dlm proses permohonan dan penilaian pihak jawatankuasa utk mendapatkan sijil Halal.

Senarai Hotel Milik Sijil Pengesahan Tanda Halal

1. Dapur & Bunga Padi Cofee House, Suria Cherating Beach Resort, Kuantan
2. Restoran M.S. Coffee Garden, Hotel M.S Garden, Kuantan
3. Dapur & Manja Coffee House, Hotel Grand Continental, Kuantan
4. Dapur & Restoran Tropica, Santuary Resort, Kuantan
5. Dapur & Restoran Classic Hotel, Kuantan
6. Dapur & Ramin Cafe, Hotel Mega View, Kuantan
7. Dapur & Restoran Duta Village Resort, Balok, Kuantan
8. Dapur & Terrace Garden Cafe, Hotel Swiss Garden, Balok, Kuantan
9. Dapur & De Rhu Cafe, De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan
10. Dapur & Cafe Hotel Seri Malaysia, Kuantan
11. Dapur & Cafe, Indera Sempurna Resort, Kuantan
12. Dapur & Restoran, Hotel Green Park, Temerloh
13. Restoran Kampung, Resort Hotel Genting Highland
14. Dapur & Rajawali Cafe, Awana Genting Highland Golf & Country Resort
15. Dapur & Cafe Hotel Sri Malaysia, Tanjung Gemuk, Rompin
16. Dapur & Cafe, Hotel Summerset, Kuala Rompin
17. Dapur & Restoran Casuarina/Billfish Bistro, Serai Beach & Golf Resort, Kg Lanjut, Rompin
18. Dapur & Cafe , Rompin Beach resort, Jln Hiburan, Rompin
19. Dapur & Fern Restaurant, Hotel Rossa Passadena, Brincang, Cameron Highlands
20. Dapur & Restoran Lela Manja, Hotel Shahzan Inn, Fraser Hill, Raub
21. Dapur & Cafe, Hotel Sri Malaysia, Genting Highland
22. Resort Cafe, Resort Hotel. Genting Highland

boleh juga rujuk http://www.halaljakim.gov.my/hotel_halal.php

No comments: