Saya amat tertarik dengan kandungan dan intipati serta artikel2 yang diutarakan oleh Majalah Solusi keluaran Telaga Biru. Tahniah kepada editor dan Telaga Biru sebab dapat mengeluarkan satu majalah berbentuk MOTIVASI &FARDU AIN.
Salah satu petikan dari nya ialah seperti dibawah... Kepercayaan terhadap Leader.
Kita boleh memilih seseorang pemimpin atau menjadi pemimpin yang disukai ramai tapi setakat mana kita dipercayai oleh ramai orang...
Dipercayai lebih utama dari Dicintai. Kepercayaan adalah faktor yang menentukan kejayaan sesuatu hubungan samada berbentuk personal mahupun profesional. Apabila ada kepercayaan, maka prangsangka, cemburu,marah, hasad dengki dan lain2 sifat mazmunah yang boleh mengugat perhubungan akan dapat diatasi.
Bagaimana membina kepercayaan? Cakap & sikap mesti selari. Itulah integriti- sifat amanah, jujur , ikhlas & tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas utk orang yang mempercayai kita atau sebaliknya.
Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita meningkat. Apabila pengaruh kita meningkat, kita berjaya dalam memimpin.
Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga baginda digelar al_amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.
Kita merasa bertuah apabila dicintai oleh isteri, ibu bapa dan sahabat. tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis.
Bila hilang kepercayaan , rasa hormat, cinta, kasih dan taat akan musnah. Sampai bila pun mnusia akan mempercayai matanya berbanding telinga.
Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) - action speaks louder than words.
Jadi apabila kita merasakan orang bawahan kita samada isteri, anak pekerja mahu pun pengikut semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adlah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.
petikan artikel Solusi
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment