Kuantan- Seorang disamun RM1,300 ketika menunggang motorsikal melalui Jalan Mat Kilau pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 am itu., mangsa berusia 21 tahun kehilangan seutas gelang tangan, cincin & telepon bimbit apabila semua barang itu dirampas oleh 4 anggota polis palsu terbabit semasa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.
Ketika tiba dilokasi kejadian, dia ditahan oleh 4 lelaki menaiki 2 buah motorsikal sebelum salah seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa sepintas lalu.
"Mangsa yang masih berada diatas motor disepak salah seorang suspek sebelum lelaki itu merampas kunci motorsikalnya. mangsa diarahkan supaya meninggalkan gelang dan cincin yang dipakai sebelum suspek merampas barangan tersebut bersama sebuah telefon bimbit.
Suspek yang berusia 20an itu beredar bersama hasil samun bagaimanapun motorsikal mangsa tidak dilarikan.
Polis tidak menolak kemungkinan suspek turut terlibat dalam beberapa kes serupa yang dilaporkan berlaku sekitar Kuantan sebelum ini, Bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat.
Ketua Siasatan Jenayah IPD Kuantan, Deputi Superinntenden Kamaruzzaman Jaafar menasihatkan, orang ramai yang ditahan individu yang mencurigakan atau mendakwa sebagai polis diminta tidak mudah terpedaya sebaliknya minta kad kuasa sebagai pengesahan dan jangan mudah tertipu dengan kad palsu.
Paling penting cam identiti mereka termasuk raut wajah, nombor pendaftaran dan jenis kenderaan serta menghubungi polis sekiranya menjadi mangsa.
www.malaysiabar.org.my
sumber rujukan...
Seseorang anggota polis adalah dilantik mengikut Seksyen 14 Akta Polis
1967 yang mana mereka ini diberikan satu sijil perlantikan (kad kuasa)
dengan terteranya NOMBOR PASUKAN, PANGKAT YANG DISANDANG
dan NAMA serta disahkan perlantikan ini oleh seorang pegawai kanan
polis.
Di dalam sijil perlantikan ini dinyatakan seseorang itu seperti berikut :
"Telah dilantik menjadi seorang PEGAWAI POLIS di bawah AKTA
POLIS 1967 dan adalah diletakhak dengan sepatutnya semua kuasa
dan keistimewaan setaraf dengan pangkatnya;
Sijil Perlantikan ini ditandatangani oleh pemilik dan pegawai yang
mengesahkan; dan
Sijil Perlantikan ini adalah pengenalan diri bagi seorang anggota
polis.
Jenis-Jenis Kad Kuasa Polis
Pegawai Kanan Polis - Warna Biru
Pegawai Rendah Polis & Konstabel - Warna Kuning
Konstabel Tambahan - Warna Putih
Pegawai & Anggota Ditahan Kerja - Warna Merah
Nota : Kad berwarna merah bukan kad kuasa tetapi kad pemberitahu
sahaja. Pegawai dan
anggota polis yang ditahan kerja TIDAK LAYAK MENJALANKAN
KUASA-KUASA POLIS.
Thursday, March 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment