Kuantan - Lebih 1000 orang dibandar ini akan menghadiri ceramah perdana sempena malidur Rasul peringkat negeri di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah(komshah) di Kuantan malam ini.
Pengarah jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Manan Abdul Rahman, berkata seperti tahun lalu, pihaknya tidak mengadakan acara perarakan sebaliknya hanya mengadakan ceramah perdana.
Menurutnya JAIP tidak mengadakan perarakan bagi memberi penekanan kepada ceramah agama sahaja kerana kali terakhir perarakan peringkat negeri diadakan pada tahun 2008.
Keputusan tidak mengadakan perarakan Malidur Rasul tahun ini juga dilakukan selepas mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir mendengar ceramah yang diadakan pada sebelah malam.
Kita tidak menganjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum syarak tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir.
Beliau berkata Jaip tidak menghalang jawatankuasa masjid dan surau diseluruh negeri serta badan koporat yang mahu mengadakan perarakan sempena Malidur Rasul hari ini.
Bagiamanapun, menurutnya, perarakan berkenaan perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini sepanjang perarakan itu berlangsung.
Tiada halangan bagi pihaknya jika ada organisasi yang ingin menganjurkan perarakan sambutan Malidur Rasul di kawasan masing-masing.
sumber Harian Metro
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hi, senang bisa berkunjung, kunjung balik ya
Post a Comment