Tuesday, September 23, 2008

Anak Bulan Syawal


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan permulaan Hari Raya Puasa tahun ini akan diadakan pada petang Isnin, 29 September bersamaan 29 Ramadhan 1429 Hijrah di 29 tempat yang ditetapkan diseluruh negara. Bagi Negeri Pahang lokasi melihat anak bulan adalah di Bukit Pelindung Kuantan dan Tanjung Batu, Nenasi Pekan.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengistiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.


Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

No comments: