Friday, May 30, 2008

Buku Panduan Utk Pemilik Rumah

Sinar Harian wrote:
Kuantan - Yang Dipertua MPK, Datuk Azizan Ahmad mahu buku panduan yang bakal menjadi rujukan pemilik rumah untuk menambah ruang binaan dikemaskini sebelum dijual kepada golongan berkenaan.

Beliau berkata, buku yang diedarkan kepada orang ramai itu akan digunakan sepenuhnya sebagai panduan menyambung rumah supaya dapat mengikut akta dan undang-undang yang ditetapkan.

"Kita menasihatkan supaya pemilik rumah tidak memulakan pembinaan sebelum mendapat kelulusan kerana pegawai MPK akan membuat pemantauan dari masa ke semasa."

Pegarah Bahagian Bangunan, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, Hamiza Hamzah berkata, buku panduan pelan setara bagi rumah mampu milik dan kos sederhana rendah itu dilengkapi dgn pelbagai panduan bagi memudahkan kerja tambahan kepada rumah kediaman.

"Ia bertujuan mengawal pembinaan, menguatkuasakan tindakan dan mengelakkan pemilik bangunan daripada menjalankan kerja tanpa kebenaran."

Jesteru, pihaknya mencadangkan dua kaedah berkaitan iaitu menerbitkan buku garis panduan dengan harga cadangan RM90 termasuk proses permit meletak bahan binaan selain mengenakan deposit sebanyak RM200.



No comments: