Tuesday, May 20, 2008

Status Bandaraya: MPK perlu bersedia

Sinar Harian wrote:

Kuantan - MPK perlu lebih bersedia sekiranya ingin mendapatkan status "Bandaraya" pada masa hadapan. ADUN Teruntum, Chan Hong Seong berkata, MPK perlu meningkatkan sistem penyampaian terutama drpd aspek infrastruktur dan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk sebelum dinaiktarafkan sebagai "Bandaraya".

Satu jawatankuasa kecil akan ditubuhkan dan ia sudah pun dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sekiranya status Bandaraya diberi, pelbagai peruntukan yang tinggi akan diterima khususnya untuk pembangunan Kuantan selain menjadikan dearah ini lebih kredibel.

Sejumlah RM6 juta telah diperuntukkan untuk kerja2 penurapan semula jalan2 utama dibandar ini. Aspek keselamatan juga dipertingkatkan, sebanyak 13 unit CCTV bernilai RM100,000 akan dipasang di lokasi strategik yang diselia oleh MPK dan Polis.

Beliau juga berharap status bandaraya Kuantan akan diperoleh dlm tempoh dua atau tiga tahun lagi supaya objektif mempunyai sebuah daerah yang diiktiraf sebagai Bandaraya akan terlaksana.

No comments: