Tuesday, December 8, 2009

Penipuan melalui portal JobsMalaysia

Kementerian Sumber Manusia mengesan tindakan pihak tertentu yang menggunkan portal JobMalaysia.gov.my untuk melakukan penipuan dengan meletak syarat pembayaran bagi kekosongan jawatan di jabatan kerajaan dan sektor swasta.

Kebanyakkan kekosongan yang ditawarkan itu menggunakan nama agensi kerajaan bagi tujuan meyakainkan pencari kerja yang lebih berminat untuk bkerja di sektor awam.

Seramai 10 orang sudah tertipu kerana membayar Rm500 seorang bagi urusan permohonan mendapatkan pekerjaan yang diiklankan pihak terbabit.

Antara langkah yang diambil untuk menangani kes penipuan itu, termasuk mengambil tindakan mengeluarkan nama majikan terbabit daripada sistem portal itu.

Sunday, December 6, 2009

Stesen Bas bertukar lokasi



Kuantan- Selepas 30 tahun beroperasi, stesen perkhidmatan bas di Jalan Besar dipindahkan ke Jalan Stadium kerana pembangunan yang bakal dilaksanakan Kerajaan Negeri bermula awal tahun depan.

Berikutan itu MPK akan meningkatkan kemudahan dan keperluan penumpang yang menunggu bas di perhentian bas Jalan Stadium. Sebagai permulaan tapak bas baru akan ditambahbaik dari masa ke semasa mengikut keperluan dan memastikan tempat letak bas mencukupi.

Pengguna bas di Jalan Besar tidak perlu bimbang dengan perpindahan itu kerana bas terus melalui jalan berkenaan untuk mengambil penumpang.


Tapak stesen bas Jalan Besar akan dijadikan Kuantan Water Front.

Monday, October 26, 2009

Tambah pendapatan bersama Projek Elit Hai-O

Kuantan - CDM Norizam dari stokis Hai-O Maarketing Sdn Bhd di Jalan Beserah, Kuantan mempelawa semua bumiputera untuk menyertai satu plan yang memberi kemudahan untuk orangramai menambah pendapatan cara mudah iaitu melalui Projek Elit.
sila rujuk http://projekelithaio.blogspot.com

Projek Elit Hai-O ini adalah khusus untuk membantu suadara-suadari berjaya didalam perniagaan MLM dan semua bumiputra yang berhasrat untuk menambahkan pendapatan dengan meningkatkan taraf kecemerlangan hidup, status diri, disamping membantu keluarga dan kesihatan yang terjamin melalui pengunaan produk-produk Hai-O.

Bagaimana untuk merealisasikan kejayaan?






Projek Elit Hai-O adalah plan pemasaran yang paling mudah untuk dikuti oleh setiap lapisan . Anda hanya perlu menjadi pengedar Hai-O dan mengeluarkan modal sekali sahaja sebanyak RM2500. Daripada modal tersebut anda akan mendapat kad keahlian, satu penapis air Bio Aura, 2 produk kesihatan, majalah Hai-O, serta baju koporat Hai-O. Anda hanya perlu memperkenalkan penapis air Bio Aura kepada rakan2 yang lain. Disamping itu Anda akan mendapat pulangan RM250 serta-merta bagi unit pertama yang dibeli.

Perlu diingat Anda tidak perlu menjual, cuma memperkenalkan kelebihan produk Bio Aura dan mempelawa mereka menggunakan Bio Aura dengan mengeluarkan modal sebanyak RM2500 dan juga memperkenalkan kepada rakan mereka yang lain dan begitulah seterusnya. Selepas setahun akaun anda akan ada RM100,000.00++.

Setiap plan pemasaran mempunyai strategi!Untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mengenai plan & strategi pemasaran Projek Elit Hai-O ini ..sertailah kami PROJEK ELIT HAI-O 858sila hubungi atau sms nama, tempat & masa utk temujanji.En Norazman - 013-9370656


KE ARAH MASA DEPAN CEMERLANG!

Friday, October 9, 2009

Portal Iklan Terhebat Malaysia


Baru-baru ini melayari laman internet niaga. Aku pun nak promote sikit kat kawan2 sebab web portal iklan nie nanpak menarik, lebih2 lagi trafik dia makin tinggi hari ke hari...kita boleh iklan sambil boleh dapat pendapatan sampingan. Jadi cuba korang klik kat laman tu....


Friday, August 28, 2009

Kadar Zakat Fitrah 2009/1430H


Berikut adalah kadar yang telah ditetap bagi zakat Fitrah bagi negeri2 di seluruh Malaysia pada tahun ini.


Kuala Lumpur - RM7

Johor - RM5/RM7.50

Kedah - RM7

Kelantan - RM6.80

Melaka - RM6.30

N. Sembilan - RM6.50

Pahang - RM7

Perak - RM7

Perlis - RM6

P.Pinang - RM7

Sabah - RM6.60

Sarawak - RM6

Selangor - RM7

Terengganu - RM5/RM7/RM8

Koleksi Hadis

Dari Abu Hurairah berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda: Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan . Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya ( dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata : Wahai fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu & ini. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan tuhannya menutupinya tetapi dipagi hari menampakkan apa yang Allah tutup (pada malam itu).

Hadis Bukhairi

Hadis Fadhilat Ramadhan

Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan tiap kali sujud akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan dan dibina rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat , 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya.

Sunday, August 23, 2009

Program Gempak Desa Astro di Dataran Pekan

Penulis blog bersama rakan2.



Eleganridersclub (ERC) Kuantan telah menerima jemputan dari Modenas untuk bersama-sama menyertai Program Gempak Desa Astro yang diadakan di Dataran Pekan pada 1hb Ogos yang lalu. Seramai 14 buah Elegan dapat turut serta pada hari itu..
Selain bertemu artis, antara acara pada hari itu adalah ride jelajah sekitar kampung di bandar Pekan.





Ride to Phuketbikeweeks masuk Majalah WTR


AKhirnya journey kami ke Phuket dalam bulan April dulu tu masuk dalam Majalah WTR keluaran Julai/Ogos 2009. Sebanyak 6 mukasurat dengan pelbagai gambar sepanjang perjalanan ke Phuket turut dimuatkan. Saya nak ucapkan ribuan terimakasih kepada Editor WTR iaitu Ina Idham & Sdr Sham kerana memberi peluang menulis dan menyiarkan artikel tersebut.

Ramadan Al Mubarak


Kini Ramadhan datang berkunjung lagi dengan beribu2 rahmat dan berkat didalamnya. Tingkatkan amalan kerana dijanjikan pahala berganda-ganda. Alhamdulillah kita masih dapat berada di dalam bulan yang sungguh dicintai oleh para nabi dan para sahabat serta seluruh umat Islam di dunia.

Bulan ni semua amalan baik akan dilipatkaligandakan, so jangan la kita melepaskan peluang yang ada ni. Semua dosa-dosa yang dah kita lakukan tak kira yang besar atau kecik mintak diampunkan olehNya. Amin...


Di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah membaca artikel yang aku post kat dalam blog ni, yang pernah berkecik hati dengan post aku, kawan-kawan, member-member dan semua umat Islam di seluruh dunia yang boleh membaca posting aku dalam blog ni. Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Saya juga inigin memohon keampunan dari semua yang mengenali diri ini.

Tuesday, August 4, 2009

Gempar BOM di Mahkamah Kuantan

KUANTAN - Suasana Kompleks Mahkamah Kuantan gempar dan dikosongkan hampir dua jam selepas menerima ancaman bom, pagi ini.Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoof berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah menerima panggilan mengatakan terdaapt bom di kompleks itu kira-kira jam 9.18 pagi sebelum mengeluarkan arahaan mengosongkan bangunan.Bagaimanapun beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada bom dijumpai, malah panggilan itu didapati palsu.

petikan myMetro

Monday, August 3, 2009

Perasmian MSC Kuantan

Hari ini 4 hb Ogos 2009, Perdana Menteri akan melancarkan MSC MALAYSIA Cybercentre di Putra Square, Kuantan.

Thursday, July 30, 2009

H1N1: 4 sekolah ditutup di Pahang

Kuantan - Sebanyak 4 buah sekolah dengan murid seramai 8,288 pelajar ditutup hingga Ogos ini selepas 8 pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A disini semalam.

Sekolah yang terbabit adalah Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan seramai 1220 pelajar, 680 pelajar Sek Men Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar SMK Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abd Aziz mengarahkan penutupan setelah 5 pelajar di SMK Clifford disahkan positif dan masing2 satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka positif H1N1.

SMART dan SMK Clifford ditutup mulai 30Julai hingga 7 Ogos ini manakala SMSTA sehingga 6 Ogos . SMK Sri Jengka sehingga 5 Ogos ini.

Manakala SMK Tanjung Lumpur yang mempunyai 900 pelajar berkemungkinan ditutup sekiranya saringan terhadap sampel darah seorang guru disitu menunjukkan keputusan positif.

Friday, July 24, 2009

Sambutan Hari Pengguna

Kuantan - KPDNKK akan mengadakan sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009 pada 24hb - 26hb Julai pada pukul 10pg - 10malam di Padang MPK2, Kuantan Pahang. Pelbagai acara menarik menanti pengunjung.

Motonya adalah 1 Pengguna 1Suara.

Monday, July 20, 2009

Bukit Gambang Water Park




Kuantan- Bukit Gambang Water Park adalah yang pertama dibina di Pantai Timur. Taman tema itu dibangunkan dengan konsep keseronokan percutian bermain air bagi menarik pengunjung terutama bagi yang sudah berkeluarga.

Pusat pelancongan yang dibina diatas tanah seluas 24 hektar, terletak 20 km dari pusat bandar Kuantan. Ianya merupakan satu kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dengan pihak Sentoria Themeparks & Resorts bagi memperkenalkan dan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Pahang.

Ia juga boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan ekonomi negeri malah dapat menbantu industri lain yang berkaitan.

Taman tema tersebut mula dibuka kepada orang ramai semalam dengan bayaran masuk RM19.90 bagi orang dewasa dan RM12.90 bagi kanak-kanak.

Aksi Bahaya


Semasa dalam perjalanan ke bandar Kuantan jam 6.45pm ..nampaklah aksi pelik sedara sorang nie...santai tak kena tempat, walaupun penat abis keje ponn, takkan tak sempat masuk dalam kereta tu...

Ini boleh mendatangkan bahaya!
Lokasi : Jalan Beserah sebelum Jabatan Ukur.

Cara sembelihan ayam diragui

Kuantan - Sebuah pusat penyembelihan di Jalan Gambang disini baru2 ini, telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan didapati operasinya tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Menjijikan, ayam yang sudah disembelih dilonggokan dalam bekas yang diperbuat daripada tayar lori dan dibiarkan berselerak di atas lantai kotor dan bertaburan dengan dipenuhi darah dan bulu haiwan itu.

Cara haiwan itu disembelih turut menjadi persoalan samada dilakukan dengan sempurna atau mati akibat lemas selepas dihumban ke dalam bekas yang disusun bertingkat untuk meletakkan ayam terbabit selepas disembelih.

Ayam2 itu bukan saja dipasarkan di restoran dan kedai runcit malah turut diedar ke pasaraya disekitar bandar ini. Lebih mendukacitakan pusat itu beroperasi tanpa memiliki sijil halal.

Pemilik pusat itu diberi amaran keras supaya lebih menitikberatkan soal kebersihan dan mengendalikannya seperti ditetapkan.

Jaip akan memantau secara berterusan bagi memastikan ianya mengikut syarat dan kebersihan bagi digunakan oleh umat Islam.

Sunday, July 19, 2009

Israk Mikraj - perintah solat 5 waktu

Hari ini Isnin - 27 Rejab adalah hari Israk Mikraj.

Israk bermakna perjalanan Rasulullah pada satu malam dari Masjid Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dalam tempoh singkat.

Mikraj pula ialah perjalanan Nabi Muhammad naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit)sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha iaitu dari Masjid Aqsa menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah sembahyang lima waktu sehari semalam.

Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke3 sebelum Nabi berhijrah.

Israk Mikraj adalah peristiwa luarbiasa , melangkau pancaindera manusia tapi membuktikan keagungan dan kebesaran Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongengtetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah ulamak mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya akan terkeluar dari Islam.

Saturday, July 18, 2009

Jangan Guna Tayar Potong


Pengguna tayar sotong akan disaman terhadap pemilik kenderaan guna tayar potong atau toreh selepas 1 November ini.


Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Surjeet Singh, pemilik kenderaan mempunyai masa 3 bulan untuk menukar kepada tayar yang diluluskan oleh Institut Piawaian daan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).


Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan pemandu dan pemumpang serta pengguna jalan raya lain.


"Keselamatan kenderaan banyak bergantung kepada tayar kerana sekiranya tidak menggunakan tayar yang tidak diluluskan Sirim, ia bukan sahaja membahayakan pemandu dan penumpang tetapi juga pengguna lain.

Wednesday, July 15, 2009

Wang kertas baru RM50

D

Duit RM50 nie aku dapat pada tahun lepas Jun 2008. 2 keping not nie sampai sekarang belum digunakan lagi.






KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.
BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.





BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.





Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.
Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Sunday, July 12, 2009

Ronda-ronda kotaraya bersama Eleganeers















Saiful




Azhar





manCyber






Suite kami









Di Jalan P Ramlee



Trio bersama Lanz


Wajah disebalik Elegan




Kuala Lumpur- Baru2 Fantastic 3 dari Eleganridersclub telah berkumpul sekali lagi dan ride bersama2 ke KL. Kami telah menetap di suite mewah , Hotel Dynasty Jalan Ipoh.
Tujuan kami adalah untuk menambah aksesori pada jentera Modenas Elegan masing2 di McDonas. Thanks McKerol dan crew kasi gempak motor kami...
Kami juga telah bertemu rakan2 dari Eleganet dan ronda-ronda KL malam itu..

Keesokkannya sementara menanti jentera siap, kami ke Galaxy Ampang untuk menonton wayang box-office 'Transformer 2 '.
Memandangkan Azhar Ultra7 stay at KL, aku dan Saiful ride with top speed direct dari Shell Gombak terus ke R&R Gambang. Sepanjang jalan tu ,,,tiada yang menarik dalam kegelapan cuma diterangi cahaya mentol lampu OFF road ku "OSRAM" sambil menyuluh buntut Saiful dan ekzos mantapnya yang baru bikin berbunyi "KOSO" tu..

Akhirnya kami sapai di Indera Mahkota dan TT bersama Syam & Epin...Sampai rumah 11:45malam..Puas gak ronda kali nie..


Thursday, July 9, 2009

Firefly Flight Kuantan to Singapore


Kuantan- Firefly Sdn Bhd akan membuka laluan terus dari Kuantan ke Singapura bermula 22hb Julai ini sebagai langkah memperkukuhkan rangkaian syarikat penerbangan itu ke pelbagai destinasi.


Penerbangan pertama itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada jam 3.30pm dan tiba di Singapura pada jam 4.30pm.


Menurut Pengarah Urusannya, Eddy Leong, Firefly akan menyediakan empat kali penerbangan bagi destinasi tersebut dalam tempoh seminggu iaitu Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad serta menawarkan tambang sehala berjumlah RM88 bermula sekarang sehingga 24hb Oktober depan.


"Sebagai memudahkan penduduk Kuantan dan kawasan sekitarmya, Firefly menyediakan perjalanan terus ke Singapura empat kali seminggu. Pembukaan laluan tersebut merupakan satu promosi terutamanya kepada rakyat Singapura untuk mengunjungi destinasi pelancongan baik di negeri Pahang ini.

Wednesday, July 8, 2009

Ujian memandu JPJ akan guna kereta Auto


Kerajaan Malaysia bercadang untuk menggunakan kereta transmisi gear automatik sebagai kereta ujian memandu seperti di kebanyakkan negara lain seperti United Kingdom, Jepun dan Singapura.


Bagi melaksanakan cadangan ini, Kementerian Pengangkutan akan membuat perubahan kepada kurikulum memandu, latihan ujian memandu dan menstrukturkan semula kelas memandu bagi menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kenderaan automatik.


Peraturan untuk membenarkan penggunaan kenderaan automatik bagi tujuan ujian memandu juga akan dirangka dan pelaksanaannya akan dimulakan pada penghujung tahun ini.

Friday, July 3, 2009

Blog will be update as usual

Firstly,
I'm want to say that thousand apologise bcoz not updating this blog.... betul2 rasa bersalah gak sebab dalam masa 2 bulan tu macam2 perkara dan xtvt yang ada disekitar bandar Kuantan tak dapat capture...Apa2 pun InsyaAllah lepas nie semua will be normal...I'm back online again..

Secondary,
I will post backdated issue yang tak cover dalam tempoh 2 bulan tu......jadi selalu2 lah visit blog ni okayyyyy....

Thanks sebab dah ada follower...

Thursday, July 2, 2009

Ikan Patin Temerloh Durian Kg Awah








Epin & Abg Lan ditimpa durian raksasa



Along yang eksiden..hilang kaki kanan masih naik motor...




Abang Lan membelah durian





Jalan masuk ke KG along






Sedang membeli ikan Patin








Aku dapat ikan patin fresh..sauk sendiri tu...







Didepan Sg Pahang






















Ikan sungai









Banyak borong bro...












Merayap mencari barangan kampung













Bersama Bro Rosli dgn motor barunya Kawa Ez750



Pada Ahad 18hb Jun baru2 nie , aku bersama 5 lagi rakan-rakan ERC telah ride ke Temerloh.

Kali ini memang niat nak pekena masakan kampung...lebih-lebih lagi masakan orang Temerloh..


Seawal jam 8.30 pagi kami berkumpul di Taman Kerang untuk menantikan kwan2 yang lain untuk turut serta tapi setelah 1/2 jam menunggu ..takde sorang pun yang hadir. Terus ride ke Petronas Gambang Batu 12. Disini Syam & Rosli (naik Kawasaki Ez750) turut serta. Kami berlima memasuki LPT Gambang dan exit ke Kg Awah dan terus ke bandar Temerloh dan terus ke Pekan Sehari yang paling top di Pahang iaitu di sepanjang sungai. Disini Zack & isterinya dah sedia menunggu kami..


Kat sini kami cuba dapatkan ikan pekasam buatan orang kampung...Masing2 borong...jeruk ulam maman, pucuk serai kayu dan macam2 lah... Masing2 cuba mengenal jenis2 ikan sungai yang dijual di Pekan Sehari tu...


Setelah mendapatkan bahan2 tersebut, kami terus ke Kg Awah rumah Along...untuk pekena durian sebanyak yang boleh....best betul durian edisi pertama kat dusun dia...orang kata durian baru nak belajar berbuah..



Selepas jam 2.30 pm..kami meneruskan lagi perjalanan ke Lubuk Kawah untuk membeli ikan Patin...fresh dari Sg Pahang. Selepas tu kami terus ke Kg Sanggang, Taman desa Murni...rumah ayah Abang Lan..disini kesemua ikan Patin tu dimasak cara masak tempoyak laa....kegemaran kita laaa....



Perghhhhhh...masing2 makan ada yang sampai 5 pinggan petang tu.....

Jam 6.00 ptg kami mula bergerak balik ke Kuantan dan sampai jam 9.00 malam dengan barangan kampung....memang bestt......