Thursday, July 30, 2009

H1N1: 4 sekolah ditutup di Pahang

Kuantan - Sebanyak 4 buah sekolah dengan murid seramai 8,288 pelajar ditutup hingga Ogos ini selepas 8 pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A disini semalam.

Sekolah yang terbabit adalah Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan seramai 1220 pelajar, 680 pelajar Sek Men Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar SMK Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abd Aziz mengarahkan penutupan setelah 5 pelajar di SMK Clifford disahkan positif dan masing2 satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka positif H1N1.

SMART dan SMK Clifford ditutup mulai 30Julai hingga 7 Ogos ini manakala SMSTA sehingga 6 Ogos . SMK Sri Jengka sehingga 5 Ogos ini.

Manakala SMK Tanjung Lumpur yang mempunyai 900 pelajar berkemungkinan ditutup sekiranya saringan terhadap sampel darah seorang guru disitu menunjukkan keputusan positif.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

H1N1 boleh diubati dengan menggunakan Transfer Fcator. Transfer Factor adalah pemakanan yang teruji yang akan menguatkan sistem iminusasi seseorang jika diambil. Dapatkan Transfer Factor supaya keluarga anda dilindungi.

Hubungi saya : jasmin61@streamyx.com / 019-6527240

Maklumat lanjut dan testimony boleh didapati di :

1. www.holisticsuccess4life.com
2. www.tftestimony.com

Wasallam
JASMIN BIN ISHAK