Monday, July 20, 2009

Cara sembelihan ayam diragui

Kuantan - Sebuah pusat penyembelihan di Jalan Gambang disini baru2 ini, telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan didapati operasinya tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Menjijikan, ayam yang sudah disembelih dilonggokan dalam bekas yang diperbuat daripada tayar lori dan dibiarkan berselerak di atas lantai kotor dan bertaburan dengan dipenuhi darah dan bulu haiwan itu.

Cara haiwan itu disembelih turut menjadi persoalan samada dilakukan dengan sempurna atau mati akibat lemas selepas dihumban ke dalam bekas yang disusun bertingkat untuk meletakkan ayam terbabit selepas disembelih.

Ayam2 itu bukan saja dipasarkan di restoran dan kedai runcit malah turut diedar ke pasaraya disekitar bandar ini. Lebih mendukacitakan pusat itu beroperasi tanpa memiliki sijil halal.

Pemilik pusat itu diberi amaran keras supaya lebih menitikberatkan soal kebersihan dan mengendalikannya seperti ditetapkan.

Jaip akan memantau secara berterusan bagi memastikan ianya mengikut syarat dan kebersihan bagi digunakan oleh umat Islam.

No comments: