Thursday, July 2, 2009

'Naga' Tasik Kenyir



Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan Naga atau Araipama Gigas di Tasik Kenyir. Akhbar Metro Ahad lepas mendedahkan kewujudan misteri ikan Naga yang didakwa membiak di Tasik itu. Ianya spesis kehidupan air yang diharamkan ditangkap dan dipelihara di Terengganu.




Tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula semalam sehingga 15hb Ogos ini diseluruh Tasik Kenyir kecuali kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.




Ikan Araipaima yang ditangkap hidup2 akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi Bukit Takal , Kemamam. Keadah menagkap ikan naga itu terhad kepada penggunaan joran dan setiap peserta perlu menpunyai permit serta mematuhi undang2 kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di tasik.




Araipama Gigas dikatakan boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat hingga melebihi 200 kilogram.

No comments: