Thursday, February 25, 2010

Ceramah Malidur Rasul

Kuantan - Lebih 1000 orang dibandar ini akan menghadiri ceramah perdana sempena malidur Rasul peringkat negeri di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah(komshah) di Kuantan malam ini.

Pengarah jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Manan Abdul Rahman, berkata seperti tahun lalu, pihaknya tidak mengadakan acara perarakan sebaliknya hanya mengadakan ceramah perdana.

Menurutnya JAIP tidak mengadakan perarakan bagi memberi penekanan kepada ceramah agama sahaja kerana kali terakhir perarakan peringkat negeri diadakan pada tahun 2008.

Keputusan tidak mengadakan perarakan Malidur Rasul tahun ini juga dilakukan selepas mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir mendengar ceramah yang diadakan pada sebelah malam.

Kita tidak menganjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum syarak tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir.

Beliau berkata Jaip tidak menghalang jawatankuasa masjid dan surau diseluruh negeri serta badan koporat yang mahu mengadakan perarakan sempena Malidur Rasul hari ini.

Bagiamanapun, menurutnya, perarakan berkenaan perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini sepanjang perarakan itu berlangsung.

Tiada halangan bagi pihaknya jika ada organisasi yang ingin menganjurkan perarakan sambutan Malidur Rasul di kawasan masing-masing.

sumber Harian Metro

Matlamat Malidur Rasul

Malidur rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhamad dan jatuhnya pada hari ke-12 Rabiul Awal, Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.

Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Mulid Nabi. Setiap tahun pada hari yang sama umat Islam akan diseluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhamad SAW dengan mengadakan beberapa acara dan ceramah.

Pastinya umat Islam di Malaysia sudah sinonim dengan majlis perarakan sempena Majlis Malidur Rasul, namun sedarkah kitaapa matlamat sebenar perarakan itu diadakan dan adakah ia wajib dianjurkan?

Perarakan bukanlah matlamat utama dalam menyambut Malidur Rasul. Tiada nas atau dalil Al-Quran dan hadis mengatakan sambutan berkenaan perlu dibuat dalam bentuk perarakan.

Dalam pengertian lain, perarakan yang dianjurkan mempunyai matlamat tersendiri bagi melahirkan masyarakat bersatu padu.

Sambutan Maulud Nabi yang diisi dengan perjuangan Rassulullah yang dikenali dengan sifat mulia sejak zaman kanak-kanak, remaja hingga dewasa.

Disebabkan itu pengisian utama Malidur Rasul sepatutnya dipenuhi dengan ceramah mengenai junjungan Rasulullah yang menjadi contoh sebagai bapa, sahabat dan suami terbaik.

Memukat di Pantai Cheruk Paloh

Aku jadi marshall pantai hari tu...

Jurugan Saiful mencari lubuk ikan...

Antara ikan yg berjaya dipukat

Tuka pun sesat masuk pukat
En razali dr Modenas pun turun laut
Jaring pukat dibuka
Aksi semasa memukat
Juragan mengira ahli, rasanya takut ada yg menyelam
Abang WanCBE gaya seorang Nelayan

Sempena Hari Keluarga ERC X-treme, kami turut memukat untuk mendapatkan ikan fresh terus dari laut pada hari tersebut. Idea yang sangat bernas bagi RIDERS utk sama2 turun ke laut. Tak semestinya bersama di Jalanraya sahaja.

Inialah dinamakan berkerjasama tak kira tempat....semoga ERC X-treme kekal sepanjang masa terutama kerjasama erat antara ahli dan juga Modenas.

Tuesday, February 23, 2010

ERc Xtreme Family Day

Ahli ERC X-treme berkumpul di Taman Kerang pada jam 800 pagi sebelum konvoi ke tapak Hari Keluarga di pantai Cherok Paloh, 20 KM dari pusat bandar.







Ahad , 21hb Februari 2010 - Bagi mengeratkan lagi perhubungan antara ahli kelab eleganriders club Kuantan telah membuat program Hari Keluarga di Pantai Cherok Paloh baru-baru ini. Selain dari merapatkan hubungan, ahli2 juga dapat berkenal mesra dengan ahli keluarga masing-masing.

Turut serta pada majlis Hari Keluarga itu ialah En Razali dari Modenas dan krew2nya. Antara xtvt menarik adalah acara memukat di pantai Cherok Paloh. Selain itu BBQ dan menjamu selera dengan pelbagai makanan yang dibawa oleh ahli.

Presiden kelab, En Saharudin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ahli yang menyertai Hari Keluarga kali ini.


Kalendar rasmi Formula F1 2010

Lotus T127 Fairuz Fauzi semasa menguji masa di Litar Silverstones

Kalendar rasmi bagi tahun ini telah disahkan oleh FIA sebanyak 19 pusingan. Ianya menyamai rekod pada tahun 2005 iaitu rekod perlumbaan terbanyak bagi satu musim.

Kejohanan itu akan bermula Bahrain, seperti tahun 2006. Penamat musim akan diadakan di Litar Abu Dhabi di UAE, dimana pusingan terakhir bagi kejohanan tahun ini.

Grand Prix pertama di Korea Selatan telah disahkan dan masa permulaan perlumbaan bagi Malaysia Grand Prix telah diawalkan 4 jam ke depan memandangkan perlumbaan tidak tamat disebabkan hujan pada tahun lepas.


Berikut kalendar penuh 2010 F1 :

14/03/2010 - Sakhir, Bahrain

28/03/2010 - Melbourne, Australia

04/04/2010 - Kuala Lumpur, Malaysia

18/04/2010 - Shanghai, China

09/05/2010 - Barcelona, Spain

16/05/2010 - Monte Carlo, Monaco

30/05/2010 - Istanbul, Turkey

13/06/2010 - Montreal, Canada

27/06/2010 - Valencia, Europe

11/07/2010 - Silverstone, Britain

25/07/2010 - Hockenheim, Germany

01/08/2010 - Budapest, Hungary

29/08/2010 - Spa, Belgium

12/09/2010 - Monza, Italy

26/09/2010 - Marina Bay, Singapore

10/10/2010 - Suzuka, Japan

24/10/2010 - Yeongam, South Korea

07/11/2010 - São Paulo, Brazil

14/11/2010 - Abu Dhabi, United Arab Emirates








































Sunday, February 21, 2010

Keselamatan bagi seorang Riders

Malaysia

Lebih 1,700 penunggang & pembonceng motorsikal di Malaysia maut pada setiap tahun kerana gagal memakai topi keledar dengan kemas. Lebih menyedihkan sebahagian besar yang maut itu terlibat dalam kemalangan pada jarak kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka.

Ramai yang tidak memakai atau mengikat topi keledar dengan kemas semasa keluar ke kedai runcit atau ke rumah jiran kerana menjangkakan tindakan itu tidak berbahaya.

Jelas Datuk Suret Singh Ketua Pengarah JKJR, ujian mendapati topi keledar boleh terlucut dari kepala sekiranya tidak diikat dengan kemas ketika berlaku perlanggaran pada kelajuan pada 27.3 km/j. Sehingga sekarang masih ada penunggang yang masih menggunakan topi keledar yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan seperti topi keledar separuh. Topi keledar yang tidak menepati standard keselamatan boleh mengundang MAUT.

Itu di Malaysia tapi di Indonesia sekarang nie Majlis Ulama Indonesia (MUI) mempertimbangkan cadangan megeluarkan fatwa melarang menunggang motorsikal tanpa topi keledar bagi mengurangkan kemalangan maut di jalanraya. Pemakaian topi keledar dimestikan sejak 1988 tetapi kajian mendapati 30% tidak menggunakannya pada 2005. Bagi 30% kat Indonesia juta agaknya..

Di Thailand, apa yang aku tahu penunggang sahaja yang wajib memakai topi keledar tapi pembonceng bebas...

Tapi keselamatan memang kita patut utamakan tak kira dimana jalanraya, rumah, tempat kerja dsbnya..

Sunday, February 14, 2010

Selamat Tahun Baru Cina..memori 20 thn dulu2..

Sekadar ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada yang menyambutnya. Bagi orang2 seperti kita ni, ni time utk jalan2 makan angin, balik kampung, jumpa sedara-mara nikah kahwin dan macam2 xtvt sepanjang cuti perayaan ni.

Teringat lak masa bujang2 dulu dgn member baik setaman - Nami, KK, Im, Kharul, Madi.
Time dulu kalau cuti Raya Cina kitaorang mesti pergi tengok wayang, lebih2 lagi cerita Jackie Chan. Pagi2 lagi dah naik bustown, pastu gi Komplek Teruntum atau pun Cathay... niat tgk tu ada 2 - satu memang nak tengok aksi stunt Jackie Chan dan satu lagi nak mendajal suasana dlm panggung.. yelah cerita HongKong mana kitaorang faham bahasa sangat.....jadi bila time Jackie Chan sedih/menangis kitaorang pakat gelak KAW-KAW punyer....Haaaa...HAaaaa...bukan perlahan tapi dgn nada kuat giler....

Orang nak marah...kita buat tak tau je sbb tak reti bahasa.....Haaa...haaaa....

Kak...Kah..Kah...

Tuesday, February 9, 2010

Lokasi kemalangan di Pahang

Radar gun terkini diguna pakai oleh anggota polis kali ini. boleh ambil foto & video

Polis Pahang akan memberi tumpuan di 23 lokasi kerap berlaku kemalangan dalam Ops Sikap 21 bermula Ahad ini sempena Tahun baru Cina. Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti berikut:

Lokasi di Kuantan:
KM36 hingga KM48 Jln Kuantan-Maran berhampiran Maju Ternak.
KM11 hingga KM20 Jln Kuantan-Pintasan berhampiran perumahan Damansara.
KM32 hingga KM35 Jln Kuantan-Kemamn berdekatan Sg Ular.

Lokasi di Bentong:
KM75 Jln Kuala Lumpur-Karak
KM7 Jln Bentong-Raub

Lokasi di Lipis:
KM59 Jln Kuala Lipis-Gua Musang berdekatan Merapoh

Lokasi di Rompin:
Jln Kuantan-Segamat
KM104 hingga KM110
KM112 hingga KM115,
KM120 hingga KM124

Lokasi di Maran:
Jln Kuantan-KL
KM66 hingga KM82
KM95 hingga KM102,
KM108 hingga KM112

Lokasi di Temerloh:
Laluan Kuantan-KL
KM123 hingga KM125
KM162 hingga KM168

Ops Sikap kali ini akan diadakan selama 15hari. Jadi kita perlu senantiasa lebih berhati2 semasa memandu sebab sikap orang Malaysia memang raja dijalanraya...sepatutnya lebih bertolak ansur dan amalkan pemanduan berhemah...