Malaysia
Lebih 1,700 penunggang & pembonceng motorsikal di Malaysia maut pada setiap tahun kerana gagal memakai topi keledar dengan kemas. Lebih menyedihkan sebahagian besar yang maut itu terlibat dalam kemalangan pada jarak kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka.
Ramai yang tidak memakai atau mengikat topi keledar dengan kemas semasa keluar ke kedai runcit atau ke rumah jiran kerana menjangkakan tindakan itu tidak berbahaya.
Jelas Datuk Suret Singh Ketua Pengarah JKJR, ujian mendapati topi keledar boleh terlucut dari kepala sekiranya tidak diikat dengan kemas ketika berlaku perlanggaran pada kelajuan pada 27.3 km/j. Sehingga sekarang masih ada penunggang yang masih menggunakan topi keledar yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan seperti topi keledar separuh. Topi keledar yang tidak menepati standard keselamatan boleh mengundang MAUT.
Itu di Malaysia tapi di Indonesia sekarang nie Majlis Ulama Indonesia (MUI) mempertimbangkan cadangan megeluarkan fatwa melarang menunggang motorsikal tanpa topi keledar bagi mengurangkan kemalangan maut di jalanraya. Pemakaian topi keledar dimestikan sejak 1988 tetapi kajian mendapati 30% tidak menggunakannya pada 2005. Bagi 30% kat Indonesia juta agaknya..
Di Thailand, apa yang aku tahu penunggang sahaja yang wajib memakai topi keledar tapi pembonceng bebas...
Tapi keselamatan memang kita patut utamakan tak kira dimana jalanraya, rumah, tempat kerja dsbnya..
Sunday, February 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment